BlogList Malaysia

29 September 2010

Kalau Adun Kulim Ditawar RM5 Juta, Berapa Pula Ahli Parlimennya?

MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.

Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya. [wm.kl. 7:15 pm 29/09/10] - mso

3 Komen :

Anonymous ,  September 29, 2010 at 10:46 PM  

Desakan ke atas SPRM sepatutnya di buat di Parliment oleh wakil-wakil rakyat bukan di dalam blog-blog sebegini.

bapak jin ,  September 30, 2010 at 12:43 AM  

Ada lagi manusia sebodoh anon di atas rupa-rupanya kat melesia ni.. hehehe

Anonymous ,  September 30, 2010 at 7:11 PM  

setuju ngan bapak jin...rupe2nya ade lg manusia bodo bengap mcm anon 10:46 ni..wakakaka

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas