Soi Lek Minta Tee Keat Dan Cho Ha Jangan Berkelahi Fasal Plat MCA
JOHOR BAHARU, 25 Sept (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menasihati bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Pengangkutan sekarang Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA, supaya berhenti berkelahi mengenai tender nombor pendaftaran yang menggunakan huruf MCA.
Sebaliknya beliau berkata kedua-dua pihak perlu fokus untuk mentransformasi parti, menyatu padu ahli dan berkhidmat untuk rakyat.
"Saya sedar tentang latar belakang cerita tersebut tetapi saya tidak mahu bercakap secara terbuka," katanya sambil mengingatkan Ong dan Kong untuk tidak memaksanya mendedahkan apa yang beliau tahu mengenai perkara tersebut.
Bercakap kepada pembertia di sini, Chua berkata beliau tidak mahu perkara tersebut menjadi besar.
Isu huruf plat pendaftaran tersebut yang dikeluarkan di Melaka dibincangkan secara tidak rasmi semasa mesyuarat Majlis Presiden MCA selepas pemilihan parti tahun ini.
Chua berkata ia diputuskan dalam mesyuarat itu bahawa nombor pendaftaran yang menggunakan huruf MCA perlu dibuka kepada awam dan tidak semata-mata dikhaskan kepada ahli dan pemimpin MCA sahaja.
Jumaat lalu, Ong mengemukakan surat bukti bahawa beliau telah menolak memorandum yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Kanannya supaya nombor pendaftaran MCA 1 hingga MCA 9999 dikhaskan untuk ahli MCA, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pengangkutan.
Pengasuh dipenjara 12 bulan kerana toreh pipi budak
26 minutes ago
1 Komen :
lepas ni,,no plet MIC kuar berebut plak ahli MIC,,,,aduhhh..semua dia nk rebut,,,dari besar sampai ke kecik semua dia nk rebut...kata 1Malaysia....nape jadi macam tu....???
Post a Comment