"Adakah setakat ini pemimpin yang PAS mampu hasilkan ?" soalan dari RPK dalam postingnya yang terbaru yang ternyata menghina dan memandang rendah keupayaan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. Klik sini untuk lihat ulasan RPK.
Beliau mengulas hujah dari Ustaz Nasrudin yang menempelak sistem perundangan negara berikutan dari kes pembunuhan Sosilawati baru-baru ini lalu memberikan hujah yang panjang lebar kenapa melaksanakan hukum Hudud dapat menyelesaikan semua masalah kepincangan yang ada.
Ini merupakan satu tamparan hebat terhadap parti PAS akibat dari komen seorang pemikir bebas yang amat popular di Malaysia dan juga di luar Malaysia.
RPK juga menyuarakan rasa kecewanya terhadap PAS yang dilihatnya gagal mengeluarkan pimpinan yang hebat sekaligus tidak lagi meletakkan harapan kepada parti PAS.
Ketua Pemuda PAS perlu bangkit membuktikan bahawa dia bukanlah pemimpin bertaraf lebai kampung yang segala hujahnya hanya boleh dijual kepada orang tua-tua kampung sahaja.
RPK bukanlah orang yang pertama menempelak kenyataan-kenyataan yang keluar dari Ketua Pemuda Pas ini, banyak lagi orang lain terutamanya aktivis masyarakat yang bukan Islam yang menghentam kenyataannya apabila dia di minta megulas pendapat terhadap peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di Malaysia. Dan kebanyakan yang menyerangnya meminta Ustaz Nasarudin lebih banyak membuat kajian ilmiah sebelum terus membuat rumusan dalam sesuatu perkara.
Buktikan kemampuannya dan pulihkan semula maruah parti PAS. Buktikan bahawa pemimpin PAS mampu menerajui rakyat di peringkat Dunia. Jawab Ustaz Din !, jawab !
Warta Shubhi
MyKad generasi baharu, JPN dalam fasa akhir
50 minutes ago
6 Komen :
Salam tuan,
Sebenarnya RPK tidak senang apabila KP Pas berbicara pasal hukum hudud dan perlaksanaannya. Bukan semua dalam PKR bersetuju hukum allah itu dilaksanakan di malaysia. Itu aje motifnya dan cuba mengalihkan kepada isu lain supaya isu hukum hudud tidak dibicarakan dan dijadikan Perlembagaan negara.
Bab hudud ni aku sokong sekiranya di laksanakan di Malaysia. Ikut cara Nabi dan apa yang telah di tetapkan oleh Allah. Persetan dengan DAP,PKR dan orang orang munafik ni.
kita serah sahaja kepada Allah mereka2 yang mengeluarkan pandangan negatif kepada hukum hudud ini.
kita lihat sahaja kepada isu sebenar - argumen nasaruddin. sekiranya maksud sebenar rpk untuk tidak melaksanakan hukum hudud, biarlah Allah menentukannya.
kita perhatikan nasaruddin sebagai ketua pemuda. beliau banyak kali menonjolkan ketidakcerdikan memainkan perannnya sebagi ketua pemuda. dalam isu ug, beliau memilih untuk menyokong walaupun terpampang di hadapan beliau pertembungan mursyidul am dengan mereka2 yang terlibat dalam projek ug. beliau sanggup membawa pemuda untuk turut mengenepikan keputusan muktamar di ipoh - memperkasakan pakatan rakyat - dengan pandangan yang menyokong ug.
wallahu'alam.
jawab le hujah rpk tu,jgn tak jawab....
nanti klu muktamar pas lu semua boleh pilih gua le jadi ketua pemuda pas ....ok tak gua jadi ketua lu semua
Kah kah kah!
hukum hudud adalah sebahagian daripada perundangan Islam, dimana hukum ini mesti diterima sebagai suatu keimanan.
Namun nasaruddin hasan bab kedua yang tiada kaitan dgn hukum hudud. Maudhuknya, adakah Nasaruddin Hasan ni nampak layak memimpin sebuah parti yang menjadi perhatian rakyat di Malaysia.
Ahli pemuda PAS telah memilihnya sebagai pemimpin pemuda. Namun sebahagian besar pengundi PAS yang bukan ahli PAS melihat beliau tidak mempunyai kelayakan untuk berada disitu. Namun beliau telah dipilih oleh ahli pemuda PAS, maka inilah pemimpin pemuda terbaik yang PAS miliki.Ini bermakna PAS kekurangan pemimpin untuk diketengahkan ke medan umum sebagai pemimpin berideal.
Kesilapan utama umum dalam penilaian tehadap Nasarauddin Hasan adalah Salahuddin Ayub. Mereka melihat Ketua Pemuda PAS sama seperti Salahuddin, namun sekarang keadaan telah bertukar kepada Nasaruddin.
Post a Comment