Tawaran DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU
Terbaru hari ini, Parti Demokratik Rakyat (DAP) mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng (foto) berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”. Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah. “Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP hari ini.
[Maka, apa lagi yang mahu diharapkan kepada kerajaan UMNO BN sekarang. Rakyat perlu bijak menilai apa yang telah dilakukan kepada mereka. Janji hanya tinggal janji, apa yang ada semua naik atas nama subsidi. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara, sebaliknya mereka merompak sesuka hati khazanah rakyat untuk mengenyangkan perut puak-puak mereka. Oleh itu, marilah sama-sama beri kesederan kepada seluruh rakyat agar perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinkan rakyat bahawa siapakah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib mereka. Namun, biarkan mereka jika ada yang berkata mereka redha dengan apa yang dilakukan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang penting, pastikan ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat seperjuangan melakukan perubahan agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram hendaknya].
Read more: http://biaqpila.blogspot.com

2 Komen :
Warna tulisan merah tak dapat baca, tolong tukar warnah
Pakatan Rakyat patut membuat sesuatu tawaran yang baik untuk pelajar-pelajar dan bekas pelajar yang buat pinjaman PTPTN.
Bilangan kami ramai, dan ramai di antara kami ditindas dengan pinjaman riba, jadi janjikan sesuatu yang menarik dan lebih Islamik, insyaAllah satu undi untuk anda dari saya.
Post a Comment