BlogList Malaysia

14 August 2010

Apa Saja Isu Berkaitan PAS, Pelakon Porno Ini Akan Jadi Bodoh Semacam

MCA Cabar DAP Nyatakan Pendirian Mengenai Dinar Emas

KUALA LUMPUR: MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu.

Beliau berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini.


"Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA di Wisma MCA di sini, hari Jumaat.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata menjadi hasratnya melihat Kelantan sebagai negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Beliau berkata, adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Dr Chua berkata, sistem ini mungkin diterima kakitangan kerajaan negeri dan peniaga di Kelantan tetapi soalnya bagaimana pula penerimaan pihak luar, khususnya pelabur yang ingin melabur di negara ini.

"Persoalan di sini ialah, jika kerajaan negeri Kelantan benar-benar ingin melaksanakan sistem tersebut, apakah Malaysia masih akan dilihat sebagai negara perdagangan," katanya.

2 Komen :

Anonymous ,  August 14, 2010 at 5:17 PM  

Susah betul dengan Apek Porno (Apekporn) ni, nak rakyat mempunyai genggaman emas dan perak di dalam tangan pun dia susah hati. Apa punya gelong la apek ni, Nik Aziz bukan nak menipu pun, berurusan dengan emas dan perak bukannya boleh menipu, nilai emas dan perak tetap akan laku ma. Kalau kerajaan tidak iktiraf matawang itu, nilai emas itu tetap akan kekal bersama pasaran emas.

Kalau tak caya Apekporn, lu bagi rantai emas pada awek skandal lu tu, dia mau ka atau tak? Kemudian lu bagi pulak 'Wang Akhirat/Neraka' pada dia, maunya lu kena berpuasa sepanjang Ramadhan, masuk Syawal minta maaf. So diandaikan RM sudah jatuh nilai, lu ada RM satu juta dalam genggaman tapi kerajaan tak iktiraf, lu ingat kertas tu boleh buat apa? Buat gantung di tandas rumah lu la jawabnya.

Sudah lah Apekporn, lu tak mau olang dan negara kaya ka? Atau lu ada manyak simpan ini keletas tapi tak lek bawak keluar untuk ditukar jadi emas, takut Guan Eng buat celita di Parlimen ka, jadi bila manyak olang ada emas, lu punya keletas tatak laku oooo?

Emas tetap emas, perak tetap perak, kertas tetap kertas cuma mempunyai nilai muka yang diikhtiraf, kalau tak laku - apek surat khabar lama mau ooooo.

Anonymous ,  August 14, 2010 at 11:32 PM  

Adakah ini ayam sabungan umno celaka? Jika pelakon porno ini menjadi ayam sabung umno untuk memecah belahkan PR atau untuk menggoncang keutuhan PR eloklah bawa bertaubat.

Hentikan kerja busuk ni.Jangan gunakan orang yang "tidak layak" dan tidak faham apa-apa tentang Islam untuk bercakap..jika kamu umno berani kamu sendiri yang buat!!!KITA LAWAN SECARA JANTAN DENGAN JANTAN!!!JANGAN JADI PONDAN!!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas