BlogList Malaysia

17 August 2010

Filem Pendek Nujum Pak Belalang Versi Baru



SULTAN: Wahai Ahli Nujum Negara, bolehkah PAS terima cadangan UMNO untuk bersatu dan berbaik-baik sangka?

PAK BELALANG (Ahli Nujum): Boleh, boleh tuanku. Tapi dengan beberapa syarat.

SULTAN: Hai? Nak bersatupun ada syaratnya?

PAK BELALANG: Betul tuanku kena ikut syarat kalau UMNO nak bersatu dengan PAS.

SULTAN: Kalau tak ikut syarat?

PK BELALANG: Dia anak luar nikah….

SULTAN: Ya, ya silakan. Apa syarat itu….

PAK BELALANG: Pertama, UMNO kena serah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdan Menteri kepada PAS.

SULTAN: Kedua?


PAK BELALANG: Beberapa jawatan menteri seperti Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran,Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabanga, Menteri Kerjaraya, Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan wajib diserahkan kepada PAS dan terpulanglah kepada PAS nak agih dekat sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Dua jawatan saja boleh bagi dekat UMNO, Menteri Sukan dan Menteri Palancongan.

SULTAN: Sebab?

PAK BELALANG: Sebab puak-puak UMNO yang depa tau nak seronok dan syok sendiri. Skuad bola sepak kebangsaan cukup teruk lebik teruk dari skuad Tongkang Yard, lebih teruk dari Matang Tok Dik FC, Naga Lilit FC tau-tau ada hati nak jadi tuan rumah Piala Dunia……..poooorah

SULTAN: Ada lagi?

PAK BELALANG: Menteri-Menteri yang dah tua kerepot, yang gigit mi pun tak putus ambil pencen.

SULTAN: Itu saja?

PAK BELALANG: Surat Khabar Utusan Melayu tutup ganti dengan Harian Harakah atau Utusan Kedahlanie. Ketua Pengarang dan staf kanan Utusan hantar pI mengaji di pondok-pondok di Kedah atau di Kelantan.

SULTAN: Cukup kot?

PAK BELALANG: Ada sikit lagi….pejabat-pejabat UMNO tukar jadi Pejabat Kebajikan atau muzium. Akhir sekali UMNO kena register baru atas nama United MAMAK National Organization

SULTAN: Baiklah beta faham.

PAK BELALANG: Ampun tuanku!

OLEH AHMAD ALBAB AL-KULIMI / Kedahlanie

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas