Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa.
“Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.
Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.
“Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.
“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.
“Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.
Dalam kenyataan yang dilihat menyindir pendirian Perkasa dalam isu-isu tertentu, Khairy memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Dr Mujahid Yusof Rawa: Di manakah adab politik Islam Pas
36 minutes ago
2 Komen :
macam P. Ramlee kata "haa dah padan dah tu si perompak tipu si penyamun".. biar dua2 pegi mampos... dua2 tengah despret tak tau nasib dlm politik akan datang sebab dah nampak lubang neraka dihadapan... dah takut la tuu... gelabah puyoh dah tuu... teloq dah kechut dah tu... sekejaaaaap je lagi... sokoq nak keluar parti.. kalau sapa ambil makhluk ni memang nak cari nahas... perangai puak2 ni sama la macam yg sekoq lagi tu .. macam anjing.. kita lepaih kan dia, dia gigit kita balik... keturunan anjing dan babi kottt..
Dua-dua ekoq tu sama saja PEROMPAK KATA LANUN , LANUN KATA PEROMPAK..Dua-dua tak guna....dua-dua menipu Melayu!
Post a Comment