BlogList Malaysia

16 August 2010

Bicara Di Mahkamah Malaysia Hanya Buang Masa

Sebabnya Keputusan sudah diatur dan apa saja permohonan pihak pembela pasti akan ditolak. Kalau menang bicarapun bila ke mahkamah rayuan pasti kemangan itu akan ditarik balik macam kes tahanan ISA Abdul Malik Hussin

Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan

Mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Ini kerana DPP Farah Azlina Latif tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

Oleh itu, hakim mengarahkan supaya kes liwat tersebut diteruskan walaupun dibantah oleh pihak pendakwa.

[Berita penuh menyusul]

2 Komen :

CelakaTolakHudud ,  August 16, 2010 at 4:29 PM  

Jeebond! Jeebond!
Kalau hukum Allah SWT di Malaysia tak nak di guna pakai, tak nak di laksanakan, tak nak di TEGAKKAN oleh UMNOBN parti Melayu Islam yang memerintah Malaysia sekarang ini.
La ni nak suruh puak parti UMNOBN yang memerintah berlaku adil dalam perbicaraan di Malaysia oleh Mahkamah di Malaysia. Ha Ha Ha .Tolong lah jangan buat lawak kurang bijak bulan puasa ni.

awie ,  August 17, 2010 at 9:25 AM  

Minta tolong Kerajaan PAS laksanakan Hukum Hudud segera. Jadi kan Kelantan sebagai negeri contoh. Ayuh laksanakan kan Hukum Hudud segera. Hukum tetap Hukum. Hukum perlu dilaksana bukan untuk dijaja.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas