BlogList Malaysia

08 August 2010

Awang Selamat Naik Angin.. Kesian Dia..

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus

Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.


Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

3 Komen :

tokjanggut ,  August 8, 2010 at 5:47 PM  

kah kah kah!
TGNA akan lahirkan 2000 orang agi perajurit seperti Mahfuz Omar.
Awang Selamat akan lihat UMNO akan mati beragam depan mata.

kah kah kah!
UMNO nak bermufakat dengan PAS,
jenis muka tak malu pemimpin UMNO ni, dah berjuta kali PAS tak ingin, tak ingin tak faham ke.
Ahli akar umbi PAS sedia membuang mana-mana pemimpin mereka, yang hanya buka mulut nak bermufakat dgn UMNO.

Anonymous ,  August 8, 2010 at 10:27 PM  

Bangsa UMNO ni bukannya tak faham sebab apa PAS tak mau bekerjasama dengan depa. Depa faham, cukup faham malah tersangat faham, mereka faham sebab PAS tak mau bekerjasama sebab perangai UMNO macam dajai.

Tapi sebab nak lindung muka depa yang dah tebai tahap taya trekta, depa buat-buat tak faham. Lagipun depa buat tak faham sebab nak tunjuk kat saki baki Melayu yang jenis mudah lupa bahawa PAS jahat sebab tak mau bersatu untuk Melayu. Kononnya Melayu kenalah tolong Melayu, sedangkan UMNO tak pernah pun nak tolong Melayu dengan ikhlas.

Anonymous ,  August 9, 2010 at 4:51 PM  

Awang Selamat yang dah tak selamat lagi.Mari kita hua hua hua kan dia....selama ini che Awang ni dalam akhbar utusan meloya tu...masyaallah...kalau memberi pandangan...hebat...macam taik kuda...hua hua hua.....

Pencacai nombor wahid umno...prrrrtttuuuuuiiihhh...kahak hijau.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas