Harussani: Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu.
Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.
“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu.
“Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.
“Sebelum ini pun saya cuma kata ada orang PAS jumpa saya, ada orang Umno dan ada juga NGO jumpa saya, itu sahaja. Jadi kalau anda hendak korek usahlah nak korek,” katanya ketika ditemui dalam sesi temu bual khas bersama The Malaysian Insider semalam.
Beliau berkata ada banyak pihak datang menemuinya bagi membincangkan akan perkara itu.
“Saya tidak tahu kenapa mereka datang cari saya, mungkin sebab saya paling lantang bercakap?” kata Harussani.
Sebelum ini Harussani berkata beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.
4 Komen :
ada blog dedah pemimpin ini yang jumpa umno..
http://garamanis.blogspot.com/2010/07/kami-yang-dimaksudkan-harussani.html
Memang ada Melayu jadi minority tetapi majority berada dalam jemaah Islam . Islam akan naik seperti jatuhnya.
Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
PAS tak hendak, UMNO jangan nak teringin.
Pinggan tak retak, nasik tak dingin,
PAS tak hendak, UMNO dah naik angin.
Mufti ni dah lain macam bunyi cakapnya....macam nak jadi batu api pulak tu...........
Mashyaallah....dunia akhir zaman!!
Post a Comment