Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya terdedah juga hakikat sebenarnya. Bahawa hutang kerajaan Malaysia bawah UMNO berjumlah RM 378 billion ringgit. Maklumat ini saya dapat terus dari Laman Web Bank Negara yang boleh dibaca di sini.
Kita hairan, mengapa negara mesti berada dalam hutang yang sebegitu teruk memandangkan:
1.0 Kita ada sumber petroleum yang banyak. Mengikut maklumat dari Dr Mahathir sendiri, hasil petroleum di Malaysia berjumlah RM456 billion semenjak zaman Tun Hussein Onn.
2.0 Kita juga ada sumber-sumber kekayaan alam yang lain seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya
3.0 Malaysia juga mempunyai industri perkilangan yang besar. Malahan, sektor perkilangan adalah komponen terbesar ekonomi Malaysia. Eksport barangan elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport negara. (48 billion suku pertama 2010)
4.0 Malaysia ada sumber pertanian, perikanan dan pembalakan yang besar berbanding negara lain. (RM 1.8 billion suku pertama 2010)
5.0 Selain itu, Malaysia juga ada sumber dari perlancongan dan perhotelan yang terbaik di Asia Tenggara. (RM 24 billion)
Pada waktu yang sama, rakyat Malaysia tidaklah mendapat banyak bantuan dari kerajaan pun:
1.0 Jalan semua kena tol. Jalan yang tiada tol, rakyat Malaysia perlu bayar cukai jalan.
2.0 Harga kereta mahal. Rakyat Malaysia kena bayar harga kereta 3 kali ganda harga pasaran. Misalnya, kalau di negara lain harga Honda City adalah RM25k, tapi di Malaysia ia jadi RM84k. Kalau kereta rosak, harga "spare parts" pun mahal. Hendak repair kereta pun sudah menjadi beban kewangan kepada rakyat Malaysia.
3.0 Harga minyak mahal dan pengangkutan awam adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara.
4.0 Gaji rakyat Malaysia adalah rendah dan tidak pernah naik mengikut kos hidup. Purata gaji siswazah tamat pengajian sekita RM1200 sahaja
5.0 Purata gaji pekerja kilang, mengikut statistik Bank Negara adalah RM2206 sebulan. Apa yang pekerja kilang boleh buat dengan RM2206 sebulan? Belanja makan sebulan pun dah dekat RM1500.
6.0 Harga barang makananan semakin mahal dan semakin menghimpit kehidupan rakyat jelata.
7.0 Harga rumah pun mahal. Bayaran rumah sebulan sahaja pun sudah memakan setengah dari gaji.
8.0 Ibu bapa terpaksa berkerja untuk mencari pendapatan yang cukup. Itupun, hanya cukup-cukup makan sahaja. Anak-anak terbiar dan terdedah kepada penyakit sosial.
9.0 Kalau rakyat Malaysia hilang pekerjaan, kerajaan tidak membantu dari segi memberi elaun sementara menanti pekerjaan baru, tidak seperti di negara-negara maju
10.0 Kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Kualiti perubatan awam juga semakin buruk menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja tinggi untuk perubatan.
11.0 Tiada program kerajaan memberi makanan percuma pada orang miskin dan memerlukan.
Dengan kata lain, tiada apa sangat yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia.
Soalnya sekarang, dalam keadaan kerajaan Malaysia tidak memberi wang kepada rakyat, mereka masih berhutang RM378 billion? Ke mana kah kekayaan negara telah pergi selama ini sehingga UMNO terpaksa berhutang RM378 bilion?
Hutang ini adalah 54% dari seluruh hasil mashul negara. Ertinya, dari 1 ringgit hasil negara, 54 sen harus digunakan untuk membayar hutang.
Cara UMNO mentadbir Malaysia ni macam tahi judi. Seorang tahi judi tak boleh berhenti berjudi. Apa yang ada akan dijudikan dan dijual. Setelah sekian lama berjudi, tiba-tiba barulah tahi judi ni sedar bahawa semua wangnya telah habis, segala harta benda nya telah tergadai, kereta yang dia miliki pun telah habis dijual, pakaian tinggal sehelai sepinggang. Yang lebih menyedihkan setelah segalanya tergadai, tiba-tiba masih ada lagi hutang judi yang bertampung-tampung masih belum dibayar.
Itulah yang telah berlaku kepada Malaysia bawah pentadbiran UMNO. Segala kekayaan kita telah habis tergadai. Rakyat Malaysia hidup semakin terhimpit dan peluang pekerjaan semakin tiada. Pada waktu yang sama, hutang kerajaan Malaysia semakin bertampung-tampung.
Lepas ni bila negara dah bangkrap, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesusahan dan keperitan, bukan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.
UMNO tadbir Malaysia macam seorang tahi judi kemaruk judi. Patutlah gian sangat nak lulus lesen judi.
Tulang Besi
2 lelaki diberkas cuba sihir ketua negara
1 hour ago
1 Komen :
APA NAK KITA HAIRANKAN.....BANYAK INDICATOR MENUNJUKKAN BAHAWA PEMIMPIN UMNO YANG MENTADBIR NEGARA INI BEGITU AKTIF MELESAPKAN WANG CUKAI RAKYAT.
CONTOH:
ENJIN JET HILANG-SARJAN KENA.
KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM
INSINERATOR DI BROGA HANCUR
BELI KAPAL SELAM- KOMISYEN SAPU
PROJEK PPSMI- BERAPA BANYAK WANG
STADIUM RUNTUH-SENYAP SEPI
PKFZ -BERAPA BANYAK LESAP
PERWAJA- TERBARAI
BATU NISAN PETRONAS-BANYAK WANG
DAN BANYAK LAGI ......
INI BELUM AMBIL KIRA BERAPA BANYAK SAHAM-SAHAM DAN AP BUMIPUTERA YANG DISAPU BERSIH OLEH PUAK-PUAK PIMPINAN UMNO SEJAK DULU HINGGA KE HARI INI...ESOK LUSA BELUM TAU LAGI.
TETAPI, ADA LAGI MELAYU YANG SANGGUP KENA SEMBELIH HIDUP-HIDUP OLEH PUAK-PUAK LANUN NI.
Post a Comment