Lima buah bas yang membawa peneroka Felda dengan beberapa buah trak polis menyerbu pejabat akhbar PKR, Suara Keadilan (SK) petang ini ekoran laporan muka depan akhbar itu, 'Felda bangkrap' sebelum ini.
Editor online SK, Fadli Osman berkata, kira-kira 200 yang mendakwa peneroka Felda itu sedang berkumpul di perkarangan pejabat mereka di samping beberapa trak polis.
"Tapi saya rasa mereka orang Umno ni," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily dari peiabatnya.
Menurut kakitangan SK yang berada di Parlimen, mereka menerima panggilan dari pejabat mereka, beberapa buah kereta peronda dan trak polis berada di bawah pejabat mereka di Shah Alam sekarang ini.
"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," kata seorang wartawan SK yang ditemui di Parlimen.
SK sebelum ini melaporkan berita bertajuk 'Felda bangkrap' di muka depannya. Ekoran itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, SK dan beberapa pihak lagi akan disaman ekoran laporan itu.
Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan lesen untuk SK telah memanggil editor akhbar rasmi PKR itu beberapa hari lalu dan keputusan dikatakan akan dibuat hari ini berhubung dengan status akhbar itu.
"Saya dimaklumkan, KDN akan membuat keputusan hari ini tentang permit SK," kata Fadli kepada Harakahdaily.
- Harakahdaily
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
14 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment