BlogList Malaysia

23 June 2010

Jangan Halang Rakyat Berjudi - Mahathir

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.


Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

4 Komen :

Anonymous ,  June 23, 2010 at 8:32 PM  

Cakap dia ni memang sahaja nak tempah tempat di NERAKA.

Lantak kaulah... tapi yang aku tak puas hati ni esok di akhirat dia nilah yang nak menyusahkan kita sebab anggota tubuh kita akan menjadi saksi akan kerja buat dia di dunia.

Memang sebab dia... kita boleh menerima celaka di akhirat nanti.

hj jamaludin ,  June 23, 2010 at 10:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sekarang Ni Kita Duduk Dalam Keadaan Fitnah Zaman Dan Dajjal Al Masih.
i)Apa yg disuruh Allah dan Rasulnya maka itulah yg dibenci oleh manusia.
ii)Apa yg haram disisi Islam maka itulah yg digemari oleh manusia
iii)Apa yg dilarang oleh Allah dan Rasulnya maka itulah yg disukai oleh manusia.

Anonymous ,  June 24, 2010 at 12:24 AM  

Betul cakap Mahathir tu.Zaman dia jadi PMlah amalan berjudi amat berluas-luasan kerana towkeh judi tu kroni dia.Dia tak kisah pasal Islam,dia pernah menghina Nabi,dia sekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan menghina ulamak ni,memang permainannya saja.Manusia jenis ini memang tak dapat membezakan antara judi dengan babi.Ada baiknya manusia jenis ini jangan dilayan.

azman kamarul June 24, 2010 at 4:13 PM  

SALAM.

Al-marhum ustaz Fadhil Noor semasa hayatnya sebagai Presiden PAS pernah menyatakan bahawa ... doakan Mahathir supaya panjang umur supaya dia akan dapat lihat apa yang telah dia kerjakan semasa menjadi PM.

Sekarang setelah hilang kuasanya dia masih cuba menyesatkan umat Islam di negara ini dengan pemikiran logik akalnya tanpa merujuk kepada mana kitab atau alim ulama' muktabar....maksud nya bukan ulama dalam semak.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas