BlogList Malaysia

20 June 2010

Dr Asri Dan 100 Ulama Akan Sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

“Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.


Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Menyentuh mengenai perkembangan syiar Islam, beliau berkata, buat pertama kali di dalam sejarah mulai Perhimpunan Agung UMNO, Oktober ini, perwakilan akan menggunakan kemudahan bersolat Jumaat di PWTC. Urusan itu sudah diatur dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menyediakan khatib mulai minggu depan.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.

“Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini.

“Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam UMNO, Pas tidak akan tidur lena.” -MediaUMNO

3 Komen :

Anak Bukit Bulan ,  June 20, 2010 at 10:21 AM  

ini satu perkembangan yang sihat dan baik buat umno bkt bintang...lepas ni suruh ulama2 yg ramai tu bagi tazkirah kat pengunjung2 islam kat kawasan bkt bintang tu tentang dosa pahala syurga neraka dan azab....mgkin mereka akan insaf kot...tapi jgn pulak pilih yang kat bawah sj....congak sama kat hotel,rumah urut,spa yg bertaraf bintang2 kat bukuit bintang sebab kat sana banyak pengunjung dari kalangan ikan jerung VVVVIP.....lepas tu barulah turun kat tempat lain...kalau ada improvement kat bukit bintang maka umno berjaya......harap2 tu Dr Maza boleh kot buat dgn kekuatan 100 org ulama...

azman kamarul June 20, 2010 at 3:11 PM  

Tahniah lah UMNO jika berita ini BENAR.Mudah-mudahan bertambahlah bilangan ulama dalam UMNO bagi membetulkan AKIDAH PEMIMPIN UMNO DAN PENYOKONGNYA...DIDOAKAN DR.MAZA DAN 100 LAGI ULAMA ITU AKAN BERJAYA MEMBERSIHKAN "TONG TAIK".

Anonymous ,  June 20, 2010 at 9:52 PM  

Ingat aku heran kalau ulama-ulama Wahabi nak masuk UMNO.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas