BlogList Malaysia

24 June 2010

Asri Tak Jadi Sertai Umno Esok

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.


Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan penyertaan ke dalam Umno melibatkan sekumpulan 50 yang lain, yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini.

“Walaupun Dr Asri tidak masuk Umno, sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekitar 50 orang akan menyertai Umno esok... di mana kami akan menyerahkan borang permohonan esok,” kata sumber itu.

“Urusan terakhir sedang dibincangkan, masih ada perkara yang perlu dihalusi,” kata sumber itu lagi.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas