Pemuda PAS dicabar supaya bertindak untuk mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) segera menghapuskan segala bentuk lesen berkaitan dengan judi.
Cabaran itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa berikutan tunjuk perasaan diadakan Dewan Pemuda PAS semalam sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak menafikan kebaikan di sebalik tindakan Pemuda PAS tetapi aneh dengan tindakan mereka tidak mengambil sikap yang sama untuk menghapuskan premis judi di negeri-negeri diperintah PR.
“Memang kita sokong dengan bantahan itu, malah Perkasa sendiri telah bertindak lebih awal menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan lesen ramalan bola ini walau atas apa alasan sekalipun.
“Persoalan di sini ialah kejujuran dan keikhlasan pemuda itu sendiri.
“Kalau dia (Pemuda PAS) nawaitunya benar-benar jujur, ikhlas untuk membanteras judi, bukan baru sekarang mereka perlu bertindak demikian, sepatutnya mereka juga sudah lama desak negeri-negeri yang dipimpin Pakatan supaya hapuskan judi.
“Tapi inilah yang aneh, negeri-negeri yang dikuasai sekutu mereka tidak pula ditentang seperti Selangor, Pulau Pinang yang saya difahamkan sekarang ini kian bertambah bukan sahaja premis judi, malah rumah-rumah hiburan,” kata Ibrahim selepas menghadiri majlis Bicara Perkasa di tapak Pasar Borong Hutan Kuin Jalan Tanah Merah-Machang dekat sini lewat malam tadi.
Semalam Dewan Pemuda PAS di lima negeri iaitu Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.
Difahamkan satu perhimpunan secara besar-besaran sebagai memprotes tindakan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Ibrahim, tunjuk perasaan dilakukan Pemuda PAS menyalahkan kerajaan pusat dalam perkara tersebut hanya bersifat politik selain mahu mencuri persepsi umum seolah-olah PAS mahu menangani isu tersebut.
“Kadang-kadang inilah yang cukup menghairankan, PAS seolah-olah hanya nampak kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata.
“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan PAS menentang isu lesen judi ini haram, sebaliknya lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.
Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.
“Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.
“Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor,” katanya.
Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat
25 minutes ago
2 Komen :
Wahai Brahim....jangan terlalu mempolitikkan isu judi ini, kita orang Islam.....bercakap biar jujur dan ikhlas kerana niat untuk agama Islam.
Cukuplah demo bermain dengan politik ala yahudi ni....hentikan....cukuplah..fullstop.Demo jangan nak cari publisit sanggup gadai segala-galanya...cuma nak beritahu...DUIT,PANGKAT DAN HARAT BENDA TIDAK BOLEH DIKAFANKAN SEKALI DENGAN MAYAT KITA NANTI.....
Lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan pusat bukan kerajaan negeri melalui PBT. Kerajaan negeri ada kuasa ke atas premis/kedai judi sahaja bukan lesen. Maknanya kerajaan negeri ada kuasa tidak benarkan judi beroperasi di premis/kedai walaupun lesen judi dikeluarkan kerajaan pusat.
Post a Comment