Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata mungkin ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada tafsiran titah Sultan Selangor bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.
'Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu," tulisnya dalam blog di bawah tajuk 'Beza arahan dan pandangan peribadi'.
Menurut Zaid, titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja.
"Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik?
"Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?" soal Zaid.
Menurutnya, titah itu adalah pendapat peribadi baginda dan bukan arahan, perintah atau “decree”.
'Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.
'Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.
'Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik - untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja," tegasnya.
Oleh itu, tegas Zaid, tidak timbul soal mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.
"Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor.
"Pada zaman sekarang dan mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan menghina.
'Lainlah pula bila Sultan Pahang menitahkan supaya Kartika Sari Dewi tidak perlu dirotan; ia adalah keputusan yang sah kerana baginda ada kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri untuk berbuat demikian.
'Itu pun ramai yang membantah dan melenting, malah ada yang mengkritik keputusan Sultan Pahang, termasuk dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
'Jadi mengapa Najib tidak membela Sultan Pahang atas keputusan baginda yang sah dari segi undang-undang tetapi hanya mahu membela Sultan Selangor walaupun itu hanya pendapat peribadi?
"Sebabnya, politiklah. Bila Sultan melakukan sesuatu yang nampak menguntungkan Umno, maka mesti Najib bela. 'Sepatutnya perdana menteri mesti faham perbezaan antara perintah dan arahan, dengan pendapat dan pandangan peribadi, dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.
"Barulah rakyat terutamanya orang Islam tidak mudah dipesongkan dengan dakyah politik," tulis Zaid.
05 May 2010
Isu masjid: Zaid pertahan Nik Aziz
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
tgna
,
zaid ibrahim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
kah kah kah
Siapa berani dgn akta hasutan?.
"Ya Allah! kau lahirkanlah di kalangan bangsa melayu, beribu-ribu manusia seperti tok guru nik abd. Aziz.
Post a Comment