Di seluruh Malaysia, bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi bola sepak terhadap Kumpulan Berjaya bergema di pelbagai masjid selepas solat Jumaat hari ini.
Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai 'pemanas badan' sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Di Perak, difahamkan 700 orang, termasuk bukan Islam, berkumpul di perkarangan masjid negeri di Ipoh selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.
Menurut seorang pemimpin Pemuda PAS negeri, mereka antaranya melaungkan slogan "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".
Katanya, selain melaungkan slogan antijudi, beliau dan beberapa pemimpin Pakatan di Perak mengambil kesempatan menyampaikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan itu.
"Tetapi tidak sampai sepuluh minit berucap, polis hentikan ceramah itu," kata pemimpin itu lagi.
Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.
Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperrjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.
Masjid yang terlibat antaranya di Kajang, Hulu Langat dan Kapar. - kedahlanie
1 Komen :
Wahai sekelian penguasa yang kian menampakkan jahatnya kamu ini.
Jangan gunakan semua agnesi yang ada kerana kakitangan agensi yang ada di negara ini menerima gaji dari perbendaharaan ini bermaksud dari poket rakyat jelata aiaitu daripada Pak Usu yang menoreh getah,Mak teh yang menanm padi,Ucu Dali yang menagkap ikan,En.Ramu kerani pos,En.Wong towkey ikan bilis, En Mamat cikgu sekolah dan banyak lagi.
Nak beritahu bahawa tiada sesen pun duit umno jsahanam dalam perbendaharaan negara.Jadi,KAMU PEMIMPIN UMNO JANGAN BERLAGAK ANGKUH..WANG INI BUKAN HARTA PUSAKA MAK BAPAK KAMU....tolong baca sekelian UMNO.
Post a Comment