Dewan Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lepas.
"Saya menyedari mengenai ugutan terbabit, selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, yang ditulis pada malam Khamis lepas.
"Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.
Beliau berkata PAS menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan dan secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Nik Abdul Aziz.
"Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat
mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.
"Semalam, saya juga ada memeriksa akaun terbabit namun ia tidak lagi aktif," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui Bernama mengesahkan menerima laporan itu.
"Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit," katanya.
Zulkarnain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
-- Bernama
01 May 2010
Bunuh TGNA - PAS Buat Laporan Polis
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment