Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada disalah-gunakan.
Tuntutannya itu berikutan pendedahan oleh S Vell Paari yang mendakwa seorang pegawai dari jabatan perdana menteri telah datang membuat tawaran berkenaan kepada bapanya, yang juga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
“Pegawai Khas PM telah datang membawa tawaran dari PM menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.
“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” katanya pada kenyataan medianya hari ini.
Menurut Mahfuz, dakwaan Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi juga berlaku dalam banyak hal lain untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh perdana menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.
Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu, amalan berkenaan bertujuan menutup mulut pemimpin BN agar tidak membuat kacau sehingga boleh menjejaskan kepentingan politik mereka.
Perbuatan itu, kata Mahfuz adalah “satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman mereka”.
27 May 2010
Bukti Bahawa BN Memang Parti Rasuah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bn
,
mahfuz omar
,
rasuah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
kah kih kuh!
berita baru diterima,
"SPRM telah membeli 3 biji jet F15 buatan Amerika. Pembelian ini bagi mempercepatkan perjalan pegawai SPRM untuk ke Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
SPRM menjangkakan laporan tuduhan rasuah di negeri-negeri tersebut akan meningkat secara mendadak apabila pilihanraya ke13 dijangka pada tahun 2011.
SPRM juga sedang menyiapkan bangunan enam tingkat dengan 120 bilik soal siasat, di negeri-negeri tersebut. Ini bagi memudahkan laporan kes rasuah disiasat seberapa segera apabila aduan diterima daripada Perkasa, pukida dan geng songkok tinggi".
-Utusan Meloya-
Info tambahan..
Tempat untuk OKT terjun turut disediakan juga... hehehe
Post a Comment