BlogList Malaysia

30 May 2010

Azizan dan kekalutan politik Kedah

Ramai yang mengatakan bahawa politik negeri Kedah yang diterajui oleh Azizan Abd Razak masih bersalut dengan imej kekampungan.

Kekalutan parti-parti politik Pakatan rakyat di Kedah sebenarnya agak kurang. Cuma yang ada ialah kekalutan pentadbiran Azizan yang dilihat sebagai perongos, one man show, kenyataan-kenyataan kelolohnya, watak exco yang kurang, peranan parti yang diketepikan dan sebagainya.

Baru-baru ini Azizan dikatakan ditempelak oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Entah betul entah tidak. ADUN PKR dikatakan melahirkan ketidakpuasan mereka tentang Azizan yang mengamalkan 'double standard administration' di Kedah.

Malah pemerhati politik di Kedah melihat ADUN PAS termasuk Exco-exco dan pegawai-pegawainya sendiri didapati sangat takut dengan Azizan.

Cuma seorang Exco sahaja dikatakan mendapat tempat dan perkenan Azizan iaitu Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Bin Haji Mohd Zawawi.

Betulkah ?


Saya menghubungi Lim Soo Nee (gambar) Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah merangkap ADUN Kulim untuk mendapatkan pandangan beliau.

Beliau diantara ADUN yang dikatakan banyak membangkitkan kelemahan Azizan di dalam perbincangan tertutup yang diadakan baru-baru ini.

"Saya belum dapat memberikan komen kerana isu ini masih panas di Kedah. Biar ia menjadi sejuk sedikit" kata Lim yang baru dilantik menjadi Exco dalam rombakan beberapa minggu yang lalu.

Sebenarnya, jika Azizan mahu melihat Kedah kekal ditangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ketiga belas nanti, MB itu perlu mengubah sikapnya sendiri.

Hatta kepimpinan pemuda PAS negeri rata-rata tidak diberikan peranan dalam perjalanan politik Kedah.

Azizan kelihatan sedang memisahkan diri dari partinya sendiri. Boleh jadi beliau merasa selesa kerana PAS dan UMNO di Kedah adalah macam adik beradik.

Kalahpun tidak mengapa. Baginya PAS tidak pernah mempunyai kaki satu masa dahulu. Sekarang sudah berstoking dan berkasut.

Seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Suraya Yaacob, ADUN UMNO Sg Tiang kepada seorang kawan, "nak berjumpa MB Azizan tak payah buat appointment. Zaman Mahdzir Khalid agak susah juga".

Beberapa wartawan senior media perdana di Kedah memberitahu saya, “Azizan boleh masuk semua line. Dia tak macam Hadi Awang dan Nik Aziz. Dia boleh melawak luar dalam”.

Nampaknya Azizan gembira dengan tanggapan orang luar dari PAS dan Pakatan Rakyat terhadap dirinya.

Azizan cuba membina imejnya dengan bahan-bahan buatan UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah ini merupakan kekuatan atau kelemahan Azizan ? Jika ianya kelemahan Azizan maka pilihanraya ketigabelas nanti pasti akan menghasilkan kejutan.
Perlukah Azizan digantikan jika dia sendiri tidak habis-habis syok dengan tanggapan UMNO dan BN terhadap imej dirinya berbanding kepentingan kerajaan yang sedang diterajui dengan kerjasama Pakatan Rakyat ? - http://alkerohi.blogspot.com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas