TIDAKKAH UMNO sedar terutamanya Nazri Aziz yang akan merujuk Dato’ Seri Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jelas menunjukkan kegelabahan pihak Kerajaan untuk menjawab segala dakwaan dari Dato’ Seri Anwar.
Apakah tindakan menggantung itu hanya untuk Kerajaan UMNO/BN mencari jalan keluar dari digasak bertubi-tubi oleh Anwar Ibrahim?
Kerajaan sepatutnya menjawab dan memberikan penjelasan ke atas semua dakwaan yang telah di buat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bukannya mereka terus menyeret Dato’ Seri Anwar ke muka Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan tujuan dan penuh harapan agar Dato’ Seri Anwar digantung dari menghadiri beberapa penggal persidangan Dewan Parlimen. Bukan Anwar yang membuktikan dirinya tidak bersalah tetapi Kerajaan UMNO/BN mesti telus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bersalah.
Sekiranya Dato’ Seri Anwar digantung ianya merupakan suatu bonus bagi Kerajaan kerana untuk beberapa penggal ‘mereka’ akan terselamat dari serangan-serangan berbukti akan segala kelancangan yang telah mereka lakukan dalam pentadbiran Negara ini terus berjalan songsang tanpa sentuhan dari siapa-siapa.
Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun mendedahkan tuduhannya dengan memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan UMNO/BN ada kaitannya dengan APCO antara lain beliau telah dedahkan bahawa:
“Kerajaan Malaysia ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh. APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara.”
Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”
Beberapa bukti yang lain yang APCO ada kena mengena dengan 1Israel, Dato Seri Anwar telah dedahkan dalam Parlimen Selasa lalu tetapi masih juga ahli-ahli Parlimen UMNO/BN tidak berpuas hati lalu bertindak membawa usul untuk membawa Dato Seri Anwar kepada ‘Jawatankuasa Hak dan Kebebasan’ dengan niat untuk menggantung Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Parlimen.
Terfikir di hati rakyat Malaysia, di manakah hak demokrasi bersuara di Negara ini? Mengapa apabila salah-laku kepimpinan UMNO/BN didedahkan, Kerajaan akan menggunakan sepenuhnya KUASA yang ada di tangan mereka untuk menutup kepincangan yang telah mereka lakukan? Di mana sikap profesionalisme yang sepatutnya disemat pada setiap diri seorang pemimpin?
Telatah mereka yang senang ‘melatah’ ini benar-benar menjauhkan lagi jarak antara UMNO/BN dengan rakyat Malaysia. Walau macam mana UMNO/BN cuba tutupi kesalahan mereka, rakyat bukan lagi bodoh untuk menerima bulat-bulat dengan apa yang di laporkan oleh media-media elektronik/cetak/massa yang 100% di ‘genggam erat’ oleh Kerajaan UMNO/BN.
Rakyat kini telah pintar untuk mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat sebenar. Segala kemudahan modern hari ini memangkin segala maklumat diterima dengan cepat.
Segala perbalahan, kekecohan di Parlimen dapat diketahui dengan segera di laman-laman alternatif di internet. Apa yang dipaparkan di media elektronik Kerajaan hanyalah suatu sketsa ‘cut & paste’ untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.
UMNO/BN mahu nama mereka yang telah tercemar kembali jernih, maka kerana itulah mereka berusaha sedaya upaya menggagahkan diri mereka dengan apa cara, hatta cara itu lebih menampakkan ketidak-pintaran sikap UMNO/BN.
Apa pun, tindakan menyeret Dato’ Seri Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen akan mensahihkan lagi tanggapan rakyat Malaysia bahawasanya UMNO/BN kini telah mengaplikasikan sikap diktator dalam sistem pentadbiran Negara ini. Syabas kerana anda secara tidak disedari telah memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk lebih disayangi dan dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan. Tahniah Dato Seri Anwar, rakyat Malaysia jatuh bangun bersama mu!
Oleh : HALIK ZAMAN
03 April 2010
Umno / BN Takut Dengan Bayang-Bayang Anwar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment