BlogList Malaysia

27 April 2010

Tragedi Kematian Aminurasyid Ke Kabinet Esok

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.

2 Komen :

Anonymous ,  April 28, 2010 at 1:34 PM  

kalau dah masuk kabinet, alamat senyap jerla jawabnya.... sedangkan isu yang lebih besar tentang keselamatan rakyat dan negara pon tak mau bincang, inikan hanya seorang budak 'penjenayah', apa sangat. lebih lebih polis dan menteri polis mengaku silap dan minta maap. budak tu naya mati brahim!!!

azman kamarul April 28, 2010 at 3:46 PM  

Kabinet dapur lagi banyak faedahnya.Nampak gaya habis begitu je lah.......macam cerita DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK semasa BERSIDANG RAMAI POLIS DARI AHLI MESYUARAT....SIAPA AJAR PERLAKUAN BIADAP INI?....SILA JAWAB PENCACAI UMNO BANGANG

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas