Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah kawasan Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dan menjadi wakil bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini merupakan satu isyarat kepada pengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor khususnya bahawa lebih ramai anggota parti itu semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.
“Timing pun memang tepat, supaya ia akan berikan satu isyarat kepada pengundi di sini bahawa di banyak kawasan di peringkat Parlimen, kita sudah tahu siapa yang sudah keluar daripada PKR.
“PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota-anggota dan pemimpin-pemimpin mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Pusat Command BN di Bukit Sentosa di sini.
Muhyiddin berkata tindakan semakin ramai anggota parti itu keluar parti membuktikan mereka berpendapat bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia dan terpedaya dengan kata-kata hebat pemimpin parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan.
“Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini tidak bermakna apa-apa,” katanya.
Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai “kacang lupakan kulit”.
Ekoran tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil PAS, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua Bebas. — Bernama
Tian Chua Tidak Percaya ADUN Bakar Arang Lompat Secara Percuma
15 April 2010
Timing Tepat, KahKahKah. Lawak Lah Muhyiddin Nie
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
muhyiddin
,
prk hulu selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim. Blogger Blogger Pakatan Rakyat mesti teliti dengan cermat permainan "ART OF WAR " ciptaan APCO untuk UMNOBN dalam memenangi PRK Hulu Selangor . Perihal LOMPAT PARTI dan MIC ini, Blogger2 PR kena guna pakai kata kata hikmah YB Hamidah(Perak). Dan jangan lupa di PRK Bagan Pinang Seremban bagai mana takti MIC kenakan pengundi2 peladang/pertenak bagi berbagai imbuhan dan tabur janji( dapat ke ! tak Dapat Ke!E2 belakang kira). Yang pasti MAT ISA Dah dapat Puteri. So Takti ini MIC akan guna pakai untuk kaum dia di HULU SELANGOR Nanti.Untuk kaum melayu UMNOBN akan beri sumbangan ehsan seperti biasiswa/sumbangan e2 e ini melalui JKM dan projek e2 n e ni untuk cawangannya supaya tutup mulut . Kaum cina pula UMNOBN akan bagi GERAN tanah 99 tahun . Apa yg saya tahu MB Selangor la sibuk gila pasal mendiang TB Hock je!
Yang hairannya di BLogger2 PR langsung tiada promote gila Zaid calon PKR hanya 2 blogger PR saja yg kata Zaid OK yang lain tiada sibuk promote rumah tangga UMNOBN ,nanti pembaca hanya tahu , rumahtangga UMNOBN . Si Zaid tak ada dalam kepala otak pengundi .
Last kali tiada blogger PR terjah si UG Dr Hassan Ali n Khalid Samad perihal kata kata mereka perihal si ZAID ini. So up 2 u la Blogger Pakatan Rakyat , lu orang punya blog suka hati lu orang mahu tulis.
Post a Comment