BlogList Malaysia

16 April 2010

Lawak Hulu Selangor Dari Khairy Si Budak Hitam

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tidak memahami budaya politik Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor, mengulas kenyataan Khairy yang mendakwa Shamsul dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali tersinggung dengan pemilihan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di P94 Hulu Selangor.

“ Khairy tidak faham cara Pakatan Rakyat berpolitik sebab itu dia buat kenyataan seperti itu kerana pertembungan dalam Barisan Nasional itu adalah pertembungan di antara parti.. kita meletakkan calon yang baik untuk menang. Itu kayu ukurannya” katanya kepada Tv Selangor.

Jelasnya, pendirian Pakatan Rakyat memilih Zaid telah dibincang dan diputuskan bersama.

Malah katanya kenyataan Khairy itu hanyalah berdasarkan kepada tafsiran peribadi setelah membaca laporan Reuters yang menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih penggantinya sebagai calon di Hulu Selangor.


” Siapa yang bakal menjadi pengganti Anwar itu tidak timbul kerana dalam Keadilan ini ada ramai lagi yang boleh mengganti Anwar Ibrahim” tambahnya lagi.

Sebagai sebuah parti politik yang matang, Shamsul berkata Pakatan Rakyat tidak mungkin mengambil pusing kenyataan Khairy itu.

“ Pada saya kita tidak akan terkesan dengan cakap-cakap jahat dan nakal daripada Khairy Jamaluddin”.

Khairy dalam sidang media di lobi parlimen semalam berkata, kedua-dua pemimpin muda Pakatan Rakyat sedih dengan pemilihan Zaid.

3 Komen :

Unknown April 16, 2010 at 6:21 PM  

Budak budak baru nak besaq, ubun ubun pun lembik lagi, besa la...

Jenih ni la yang nak jadi pejuang harapan Umno tuh...

Anonymous ,  April 16, 2010 at 8:32 PM  

Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang akan ke penamaan calon Hulu Selangor, sila tetapkan lensa kamera, handphone dan lain-lain kepada seorang 'GEMPAQ KELING UTAMA MALAYSIA' - Azeez Rahim... kita saksi apa jenis gempaq yang nak dibuat di dalam pilihanraya ini. Semoga gempaq yang dibuatnya kali ini akan dapat dijadikan koleksi kisah-kisah lucu pemimpin-pemimpin UMNO.

azman kamarul April 17, 2010 at 3:23 PM  

Ketua Pemuda tu tengah cari publisiti nak cari post menteri atau timbalan menteri..mana ada sejarah KP tak ada post macam budak sekoq ni.

Lain kali jangan RASUAH....Allah tak redha.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas