BlogList Malaysia

20 April 2010

Tak malukah UMNO pada Lim Guan Eng?

Saya tahu Datuk Haji Mohd Zaid Bin Hj Ibrahim tidak gentar dan lemah semangat walaupun pelbagai taktik keji digunakan menghentam peribadi beliau.

Zaid sudah bertaubat. Noktah.

Lim Guan Eng lagikan faham tentang konsep taubat. Apakah dalih UMNO/BN kali ini apabila secara berterusan mengulangi berita yang sudah menjadi urusan Allah itu di dalam media yang mereka kawal?

Mesti ada sesuatu yang istimewa pada Zaid hinggakan UMNO/BN begitu terdesak menghentam peribadi beliau seolah-olah UMNO/BN adalah dari jemaah yang kudus.

Sifir UMNO/BN mudah sahaja.

Mereka menghentam peribadi Zaid supaya PKR disibukkan dengan kerja menepis dakyah-dakyah mereka. Mereka mengharapkan Zaid dan PKR tidak ada masa untuk membicarakan soal pimpinan UMNO/BN yang rasuah, salah guna kuasa dan zalim. Dengan itu soal kebajikan langsung kepada rakyat dan sebagainya menjadi perkara sampingan.


Dengan memainkan isu yang memburukkan peribadi Zaid di dalam TV, akhbar, sepanduk, poster dan pelbagainya berulang-kali, UMNO/BN mengira Zaid akan lemas dan rebah. Tetapi mereka menggunakan sifir yang salah.

Lagi kuat dia diasak secara peribadi, lagi kuat pengundi Hulu Selangor mahu Zaid diangkat menjadi wakil mereka di Parlimen. Pengundi Hulu Selangor dapat menghidu bahawa Zaid digeruni oleh UMNO/BN.

Ini bukan pertarungan antara dua peribadi. Pilihan raya ini merupakan pertembungan antara dua generasi. Iaitu antara generasi celik maklumat yang mahukan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir kekayaan negara, dengan generasi yang mahu melihat UMNO/BN menjadi “penyelamat” mereka walaupun harga untuk mengekalkannya adalah terlalu mahal.

Mengekalkan UMNO/BN sebagai kerajaan telah menelan belanja yang mahal. Rakyat bakal berterusan menanggung kerugian besar, umpama sebuah perniagaan yang sudah “makan pokok”, atau berniaga buluh kasap: untung tak dapat, modal lesap.

Akhirnya yang untung hanyalah para pengurus dan pentadbir (UMNO/BN), sedangkan rakyat sebagai pemegang saham bukan sahaja tidak mendapat dividen atau keuntungan, tetapi terpaksa menanggung kerugian.

Tidak berbaloi untuk terus mengekalkan UMNO/BN.

Tidakkah lebih bijak kalau kita sebagai pemegang saham negara memecat pengurus dan pentadbir yang rasuah dan salah guna kuasa ini?

Kita gantikan mereka dengan pengurus dan pentadbir yang sanggup mengurus dan mentadbir negara ini dengan perbelanjaan yang jauh lebih kecil. Barulah kita, selaku pemegang saham, dapat sama-sama memperoleh dividen dan keuntungan hasil kekayaan negara.

Bagi saya Pakatan Rakyat bersedia untuk bekerja menjadi pengurus dan pentadbir negara yang cekap, amanah dan pada harga yang jauh lebih murah. Syarat-syaratnya jauh lebih baik dan lebih menguntungkan kita.

Umpamanya, semasa Selangor di bawah UMNO/BN, Selangor tidak pernah membelanjakan walau sesen pun untuk mengurangkan kos sara hidup kita. Kali ini kerajaan Pakatan Rakyat sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi menampung kos memberi air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

Walaupun cuma RM10.00 sebulan, ia tanda bahawa Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab kerana telah memberikan dividen kekayaan negeri Selangor kepada kita, rakyat Negeri Selangor.



Apa track record UMNO/BN ?

UMNO/BN telah menerajui Selangor lebih 50 tahun. Sepatutnya mereka tidak perlu berhempas-pulas dan bertungkus-lumus berkempen ke akar umbi. Mereka tidak perlu menyerang peribadi, atau memaparkan sepanduk dan poster yang menghina peribadi lawan kalau memang benar UMNO/BN mempunyai track record (rekod kerja) yang cemerlang. Apakah semua saluran TV dan akhbar yang mereka kawal selama ini masih tidak cukup untuk menerangkan kepada rakyat tentang prestasi mereka?

Rakyat sekarang sudah tidak lagi dangkal maklumat !!

Justeru, demi manfaat pengundi-pengundi di Hulu Selangor, sudah tiba masanya kita bicarakan bentuk penyelesaian yang mesti dilakukan di Hulu Selangor. Sekarang kita harus bicara soal “keperluan untuk sara hidup” (bread & butter) pengundi Hulu Selangor supaya setiap warga Hulu Selangor dapat sama-sama menikmati kekayaan Negeri Selangor Darul Ehsan. - Masrum Dayat

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas