BlogList Malaysia

18 April 2010

Mulianya Cara Kempen Umno/BN

"Datuk Zaid dah tak minum lagi"

“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.

"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.

Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.


"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.

"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.

Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.

Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.

Ungkit gambar bogel


"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.

Sekumpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.

"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.

Malaysiakini diusir

Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.

Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.

Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.

1 Komen :

Anonymous ,  April 18, 2010 at 9:00 PM  

kah kah kah
Parti wali-wali dan pemimpin ahli sufi terkenal juga kempen macam ke.
Kah kah kah
PR ini org jahat, dia asyik tuduh org saja. Adakah dituduh Ali Rustam terlibat rasuah politik, adakah manasabah dituduh bik mama bersaiz XXXL, adakah dituduh al-Tantuya ada hubungan dgn org politik di Malaysia.
Kah kah kah

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas