Umno Perlis terus dilanda krisis berterusan apabila mantan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengutuk Pengerusi Umno Perlis ketika ini iaitu Mohd Isa Sabu. Shahidan Kasim bukan sahaja mengutuk bosnya di negeri itu sebagai penipu, tetapi turut melabelkannya sebagai penzalim dan Otak Sedut kerana mensabotaj kehadirannya sempena lawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam.
Berikut ialah antara kenyataan Shahidan yang boleh dilihat secara jelas di laman sosial facebook.com. di sini.
1. "Depa (mereka), kerajaan negeri suruh saya tunggu disimpang 4, untuk menyambut tpm (Muhyiddin Yassin) .Tiba2 mereka ubah laluan dan tpm turun ditempat lain..saya tak tau arahan siapa..tak mungkin tpm, tak mungkin polis..tapi bertanggung jawab..rakyat benci penipuan dan mungkir janji macam ini..Tapi benda besar mereka bolih tipu,tentula benda yg kecil ini perkara biasa saja..PENIPU"
2. "Orang2 Umno dan BN tunggu tempat lain,tapi puak Md Isa bawa Tpm turun tempat lain..Saya bawa juga Tpm ketempat org ramai yg sedang menunggu..mereka adalah orang umno,bn dan rakyat, beribu yg menunggu..Tpm hanya jumpa separuh saja..Sian org2 umno dan bn ..saya pohon maaf kepada rakyat semua sebab semua usaha baik saya tidak dapat diterima olih puak2 penipu dan penzalim.."
3. "kerajaan negeri juga tidak sediakan jamuan dlm gerai untuk tpm..tiada ada meja,kerusi..maka saya tergesa gesa minta tolong kawan2,sediakan tempat makan ..p beli makanan serta merta di gerai gerai berdekatan..saya tanya mb kenapa buat macam ni kat saya..jawapan mudah..tak tau.. laluan ditipu, makanan tak disediakan..akhirnya kita sediakan juga untuk rakyat jelata..saya halalkan...mereka harus jawab kenapa SABOTAJ"
4. "Saya tanya polis traffic, kenapa ubah laluan, mereka pun dapat arahan dari atas..kalau saya tau nak tipu rakyat macam ini, maka saya tak perlu ajak org ramai datang...takut kalau ada banner2 yg tak sokong kepinpinan..maka siapakah yg berhak buat keputusan tukar laluan? saya akan tanya dato Hishamuddin, mengenai perkara ini kerana menipu rakyat dilarang olih ds.najib..."
5. "Majlis dgn bn tengah hari tadi ramai yang bukan jawatankuasa hadir terutama dri bhagian kangar"
6. "Otak selut sungguh, ketua bahagian Arau mereka tipu tapi mereka dengar pandangan dari seorang yg bukan jawatankuasa bahagian..ts muh..menyeru perpaduan diujudkan..adakah atas dasar kezaliman ?"
7. "Tpm kena tau perkara ini..harap2 tpm tak "makan sebelah"..kalau dia makan sebelah, dengar cakap md isa saja ,maka sianlah kat puak2 umno..sudah jatuh ditimpa tangga"
8. "pemandu kereta ts muh. memang nak pergi ketempat yg ditentukan, tetapi bodyguard mb minta ubah tempat...Arahan siapa? siapakah yg kurang adat menipu rakyat?siapa?" - Erapakatan
14 April 2010
Menteri Besar Zalim Dan Otak Selut
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
shahidan
,
umno perlis
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment