ZainulFaqar Dipecat Dari Harakah?
Saya dapat maklumat, dalam mesyuarat AJK Kerja PAS baru baru ini hangat membincangkan pemecatan Zainulfaqar dari menjadi wartawan Harakah.
Ini adalah ekoran tindakan ZainulFaqar menegur Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, kerana lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen berkaitan isu APCO.
Yang sebuk melaungkan supaya ZainulFaqar dipecat adalah geng-geng Terengganu. Yang paling lantang (baca: becok) adalah Ustaz Abu Bakar Chik. Mereka dengan lantang mahukan ZainulFaqar dipecat kerana menegur Timbalan Presiden PAS.
Kononnya ZainulFaqar tidak ada akhlak jemaah kerana menegur kepimpinan PAS Pusat secara berdepan sebegitu.
Yang saya hairannya, Suyuti Umar, Pengarang Siasah, selama ini kerap memfitnah Husam Musa. Sehingga Husam Musa mengambil tindakan mahkamah sekarang ini menyaman akhbar Siasah dan Suyuti Umar.
Ini kerana parti sendiri melindungi kaki sebar fitnah bernama Suyuti Umar ini. Kenapa Bakar Chik tak bising minta Suyuti dipecat?
Sedangkan apa yang dilakukan oleh ZainulFaqar itu adalah berasaskan kebenaran. Suyuti pula kerap membuat tuduhan liar dan fitnah terhadap Husam. Namun, Suyuti tetap diberi gaji oleh PAS dan jawatan beliau dikekalkan tanpa apa-apa tindakan.
Adakah PAS lebih suka melindungi kaki fitnah dari mereka yang menyatakan hak?
Adakah ini sifat sebuah parti Islam?
Adakah tindakan Zainulfaqar lebih buruk berbanding dengan Mohd Radzi Mustafa yang menjadi calon bebas di DUN Titi Tinggi sekaligus melanggar keputusan parti secara terbuka?
Kalau PAS bukan parti Islam, silalah pecat ZainulFaqar kerana tindakan beliau menyatakan kebenaran.
Tulang Besi
ps perangai Nasa suka bergaul dengan UMNO ni dah lama Tulang Besi terima laporan.
14 April 2010
Dipecat Kerana Menegur Nasaruddin Mat Isa
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
nasha
,
tulang besi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
7 Komen :
Aku suka dia kena pecat..kalau boleh pecat dari PAS. Tak ada adab.
baru jd timb. presiden dah tak boleh ditegur....macamana nak jd pemimpin ni woi....buat malu je.....mana akhlak hampa woi puak2 meroyan umno...org susah payah lawan ngan proksi israel dlm parlimen hang boleh dok bersembang ngan umno kat luaq.....dasar Abu Bakar Chik betui la.........
kawan aku kat harakah mmg kata budak fakap ni jenis manusia bermasalah. elok sangat lah di pecat.
kalau boleh suruh jer dia masuk pkr... lagi baguih...
baru hari ni nampak anwar nak lawan israel, selama dok dalam umno dulu tak mau pulak lawan, pas juga.
lepas ni bolehlah si fakap keje ngan suratkhabar pkr atau dap... mmg sesuai dia dok situ.. kalau nak lagi sesuai bolehla join parti sosialis...
hasan ali,nasa,abc,stapa,harun taib,tuan geng forum pedana dah berjaya cuci minda ahli pas agar berwalaq dgn gegn ug ni....tak lama lagi pas akan berpadu dgn dlm umno dlm kerajaan perpaduan,......aikk....ust2 ni nak rasmikan akademi fantasia le tak lama lagi....yg pi genting rasmikan pusat judi baru....yg pi rasmikan dewan taRIAN BALLET.....kah kah kah org pas tak lama lagi mula pakai songkok tinggi mcm budak perkasa pakai tu....kahkahkah
Sayuti Omar bukan bekerja dengan PAS dan Akhbar Siasah juga bukan milik PAS.
Akhbar Siasah Milik MSO
zaman nabi pun boleh tegur x kan zaman PAS baru nak dpt K'jaan dah ego org mcm saya baru dlm pas ni frust dok atas pgr le..
Post a Comment