Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".
Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.
"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.
Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.
Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."
Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.
Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.
Pengalaman seram: Siapa bagi salam dalam surau R&R?
12 minutes ago
1 Komen :
Inilah bukti "cekap dan tegas" PDRM di bawah pimpinan KPN yang hebat dan tegas.
Penyamun kat kampung-kampung dan penyangak yang mencuri getah di kampung-kamping yang menyusahkan perut rakyat bawahan tidak diselesaikan..............itulah tahap kecekapan PDRM. TAHNIAH MUSA HASSAN DAN SEKALUNG BUNGA MALAI UNTUK MENTERI DALAM NEGERI YANG TELAH MULA HILANG INGATAN BILA DITUNJUKKAN GAMBAR SEDANG "MENEGUK SETIN MINUMAN"
Post a Comment