BlogList Malaysia

29 April 2010

Jangan Datang Selangor Kalau Nak Berpolitik Dalam Masjid

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," kata TG Nik Aziz.


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.


Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu. "Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. "Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

5 Komen :

Anonymous ,  April 29, 2010 at 8:49 PM  

Assalamualaikum...

Tiada niat untuk menderhaka dan tiada niat untuk bersikap prejudis kepada sesiapa, cuma memberikan lakaran kisah terhadap apa yang pernah dibaca.

Saya pernah membaca satu kisah di zaman Khalifah Zainal Harun al-Rashid pernah menjatuhkan talak secara tidak sengaja terhadap permaisurinya yang hanya dapat dielakkan jika permaisurinya berada di luar wilayah kekuasaan kerajaannya sebelum matahari terbit pada keesokan harinya. Secara logik ketika itu, perkahwinan baginda berdua pasti tidak dapat diselamatkan memandangkan keluasan wilayah pemerintahan Sultan Zainal Harun al-Rashid tidak dapat dilintas dalam tempoh sehari.

Namun atas nasihat penasihat ketika itu, permaisuri telah diminta bermalam di masjid, dan terselamatlah dia dari diceraikan oleh Zainal Harun al-Rashid, kerana masjid (RUMAH ALLAH) mengikut kefahaman ketika itu tidak terletak kepada kuasa pemerintahan Empayar Abbasiyah.

Hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui akan setiap sesuatu.

Sekali lagi tiada niat menderhaka dan tiada niat untuk bersikap prejudis terhadap mana-mana pihak pun.

Raja Jembal ,  April 29, 2010 at 10:46 PM  

hanya tgna je yg berani tegur.. tak kira hang sapa, kalau salah kena sound ler....

aku sokong tgna...

Anonymous ,  April 29, 2010 at 11:53 PM  

Abdul Mutalib sendiri ketika cubaan pelanggaran Kaabah hanya menuntut ratusan ekor unta miliknya yang dirampas oleh Abrahah. Sedangkan bila ditanya Abrahah kenapa dia tidak mempertahankan Kaabah... Jawab Abdul Mutalib menjawab aku hanya pemilik unta itu, sedangkan Baitullah itu ada pemiliknya yang akan menjaganya.

Itu jawapan seorang pemimpin besar yang menganut agama hanif sebelum kedatangan Islam yang diwahyukan kepada cucunya.

Anonymous ,  May 2, 2010 at 3:43 AM  

pihak3

tuan2 yang mulia semua...apa yang telah berlaku hari ini, di sebabkan segelintir umat nabi Muhamad SAW yang menjadikan masjid sebagai ruangan atau landasan yang untuk menyampaikan sesuatu berita yang menyebelahi setengah puak/kaum atau kumpulan, sedangkan semua yang berada di masjid adalah beragama islam, pada zaman Rasullah SAW..Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Rasul yang maksum dan ketua kepada umatnya, masa itu tiada lagi sikap berpuak-puak, segalanya taat dan akur kepada apa sahaja arahan dan teguran dari Rasullah SAW, Baginda akan melarang apa sahaja yang boleh berlakunya perpecahan sesama umat islam...seperti mana yang kita tahu..soal sekeping hati yang hanya satu tetapi mempunyai pecahan antara yang baik dan jahat atau berniat untuk menyatukan atau membeza2kan, kerana allah SWT mengambil kira sesuatu perkara itu berlaku itu bermula dari niat...kita tidak mengetahui niat seseorang samada ikhlas atau sebaliknya...kerana ikhlas itu seperti secebik kapas yang putih, di atas kain yang berwarna putih di waktu hari berterangan cahayanya....seolah boleh dilihat tetapi tidak pasti kewujudan kapas itu di mata kita....begitu juga apabila seseorang yang berbicara tentang agama islam tidak menjadi kesalahan jika bicaranya dari hati yang ikhlas dan penuh tawaduk pada Allah SWT. Ucapan dengan cara ikmah tanpa menuju kan pada seseorang atau kumpulan yang berlawanan dengannya..Apakah pernah anda terfikir mereka yang berada di kalangan kamu dalam masjid ketika itu, mereka yang berpuak2 adanya,..lebih-lebih lagi semasa itu diadakan PRK, jika dari parti berlawanan pasti mereka yang tidak senang untuk mendengar hujahan atau apa yang di sampaikan, melainkan mereka di atas pagar yang tidak perduli dengan itu semua...jika zaman baginda Rasullah SAW dulu, tiada parti2 politik tetapi hanya Rasullah yang mengetuai umatnya...berbeza dengan situasi sekarang para pemimpin parti berbicara lebih condong kepada partinya atau pengikutnya..., pastinya akan ada yang pecah hati dan sebagainya.

tuan2 yang budiman,

anda tidak perlu memisahkan agama dengan politik , cuma sekadar di rehatkan minda politik sebentar dan berbicara kebesaran Allah SWT didalam masjid yang mulia...

mudah-mudahan allah SWT, mencantumkan hati sesama umat islam
di malaysia dan di seluruh dunia...
maka akan timbul kesedaran dan sifat bermaafan sesama umat muhhamad SAW.

Berdoalah...pada Allah untuk kebaikan...insyallah...

Anonymous ,  May 3, 2010 at 8:41 PM  

bab politik dan agama..sila baca tafsir al-quran..sume akan paham.sape xbaca,mmg xpaham..pikir-pikirkan

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas