Tindakan cepat Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan yang BN menjadi dalang disebalik isu berkaitan kesalahan moral calon PKR ketika dalam Umno dahulu dilihat tindakan pengecut beberapa pemimpin BN yang mungkin juga akan menerima tempiasnya.
Penafian itu dibuat selepas Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.
Sebaliknya, Hishammuddin telah menyalahkan beberapa blog yang cuba menyebar isu 'peminum arak' kepada umum dan tiada kaitan dengan Umno-BN.
Hishammuddin juga menyatakan, PKR telah melatah dengan berita itu kerana menyalahkan BN dan meminta BN membuktikan dakwaan ke atas calon PR, Dato` Zaid Ibrahim.
Beliau berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang di sebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.
Sambil menafikan Umno telibat dalam dakwaan itu.
“Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu".
Jika diamati dengan teliti kenyataan itu, nampak seolah-olah, ada pihak-pihak tertentu dalam Umno-BN merasa bimbang akan terkena tempias yang sama jika PKR mengaitkan isu 'peminum arak' dengan Umno-BN.
Mungkin ada pemimpin tertinggi dalam Umno-BN terasa akan menerima kesan sampingan daripada dakwaan isu arak.
Cuba lihat bagaimana Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution yang diberi laluan berucap di parlimen.
"Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.
Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu." -artikel berkaitan boleh baca di sini.
Itulah sebabnya Hishamuddin cepat-cepat menafikan Umno ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat blogger pro Umno berkenaan isu peminum arak. Sebabnya, rahsia mereka (pemimpin Umno-BN) semuanya ada dalam 'tangan' PR.
Dengan kata lain, ada pemimpin Umno-BN yang 'terasa' takut rahsia mereka juga terbongkar jika isu ini dilihat terdesak.
Jika isu ini dilihat lagi terdesak, berkemungkinan selepas ini, kita akan dapat tahu siapakah pemimpin negara kita tidak kira yang atas atau bawah, juga terlibat sama dengan arak.
Calon PR, Dato` Zaid Ibrahim juga menempelak dan membidas beberapa pemimpin Umno-BN yang galak menyerang peribadi beliau.
Isu itu adalah kisah lama beliau dan tidak kisah jika ianya mahu diungkit.
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya.
Beliau juga tidak menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak hipokrit sepertimana pemimpin-pemimpin Umno yang berhadapan dengan isu itu.
Namun, ianya adalah kisah lama. Ianya dilakukan ketika usia muda dan sekarang beliau sudah insaf dan bertaubat dengan Allah. - Sumber
2 Komen :
Puak-puak tu dah mula kelam kabut dengan isu arak ni......dah mula bahang tu dah terjah muka depa tu...
UMNO nak tuduh orang lain meneguk arak...cuba toleh muka pemimpin UMNO tu sekor-sekor.....muka mana yang tak togok air kencing syaitan tu.....
Dalam parlimen baru-baru ni...bila SU PKR Saifudin bangkitkan isu air kencing syaitan tu.....sekor pun puak umno tak berani sanggah....yang cuba nak jadi ayam sabung dari telok intan tu pun kelam kabut berhujah....dulu boleh tipu sekarang kami rakyat marhaen boleh dengar dan lihat gelagat MP dalam parlimen.....kita ada 'MEDIA BARU" kami dah tak heran dengan tv ni.......
Bro,
tolong publish pendedahan harakah finah blogger anti-pkr terhadap zaid:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26133:kaki-botol-sudah-sampai-tahap-fitnah&catid=1:utama&Itemid=50
Post a Comment