BlogList Malaysia

17 March 2010

SU Politik Presiden Terlibat Dalam Konspirasi Jatuhkan MB Selangor?

Semalam Tulang Besi ada bertemu dengan beberapa kawan lama Tulang Besi dalam PAS. Antara topik yang diperbincangkan adalah aduan Abdullah Karim yang menjadi topik hangat satu masa dahulu.

Kawan Tulang Besi memberitahu bahawa 3 nama telah diadukan oleh Abdullah Karim kepada JK Disiplin dan SU Agung. Nama2 ini adalah berkaitan dengan konspirasi menjatuhkan MB Selangor dalam isu pemberian lembu korban serta pengurusan kereta pribadi MB Selangor. Laporan berkenaan kes tersebut boleh di baca di sini.

Nama2 itu adalah:

1.0 Suwardi Yaakob - Pembantu PJ Selangor

2.0 Roslan SMS - SU Akhbar Presiden PAS sewaktu kes lembu dan kereta MB

3.0 Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - SU Politik Presiden PAS Pusat sekarang

Mengikut kawan saya, kesah ini tengah heboh di kalangan mereka yang rapat dengan Pejabat Agong PAS Pusat.

Mengikut kawan saya ini, Nazlee GERAK telah sanggup untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat serta mendedahkan segala dokumen berkaitan dengan keterlibatan ketiga-tiga tokoh ini.

Kawan saya itu hairan mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man mahu melindungi tokoh-tokoh konspirasi ini seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam blog beliau:

" Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti."


Si Nazree tu secara sukarela menawarkan diri untuk memberi keterangan. Tak payah panggil pun.

DR SHAMSURI DILANTIK ATAS PERANCANGAN DR KAYU

Perlantikan Dr Shamsuri sebagai SU Politik Presiden adalah sebahagian dari perancangan Dr Kayu (bekas SU Dewan Ulama PAS Pusat) di dalam mengusai portfolio2 yang berkaitan dengan Presiden.

Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau, seperti juga Suhaimi Embong, Mohd Adram, Dr Khazani dsbnya.

Perlu juga disiasat samada Ustaz Kayu dan Usrah Bangi ini juga terlibat dalam konspirasi ini.

DALAM POLITIK MALAYSIA, KHABAR ANGIN SELALUNYA BENAR

Saya sudah mendengar khabar angin di atas keterlibatan Dr Shamsuri ni sudah lebih setahun. Akhirnya terdedah juga kebenarannya.

Contoh lain adalah khabar angin Rahim Nor pukul Anwar Ibrahim. Akhirnya terbukti khabar angin benar.

Jadi, apabila ada exco Kerajaan KElantan menafikan khabar angin adanya rombakan exco di Kelantan, saya rasa lebih baik kita jangan tolak khabar angin tersebut.

PENUTUP

Kalau PAS tidak membersihkan anasir-anasir ini dengan kadar segera, saya yakin imej dan pandangan masyarakat terhadap PAS dan Presiden PAS akan memburuk.

Tulang Besi

3 Komen :

moyang mamak kutty ,  March 17, 2010 at 3:14 PM  

ketiga2 org yg buat hal nak jatuh tan sri khalid ibrahim tu ada kepala taiko dia[ BIG BOSS ] bila dah sah big boss tu org dia si petir bin musibat,pi jumpa khir toyok,mintak pinjam penyapu hikmat khir toyok tu....rendamkan penyapu tu ke dalam kolam taik IWK selama7 hari 7malam...kemudian cari taiko tu,sesahkan batang penyapu tu kat muka si taiko sial tu...bukan nya apa2 cuma nak menghalau setan2 sial yg melekat kat muka si taiko laknatullah tu...jgn lupa itu dadlah petua tua2 org zaman dahulu kala2...mcm mana salah satu cara nak membuang sial kat taiko musibat adndang tu....kah kah kah kecik2 taknak mampos,bila dah tua nak mampos tapi susah pulak nak mampos...betul2 buat sial se sial2nya

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) March 17, 2010 at 3:44 PM  

Orang beriman tak mudah percaya khabar angin.Hanya mereka yang menolak ayat allah surah Hujurat 10 sahaja yang percaya khabar angin. Nilai diri anda sebagai muslim atau tidak!!

pemuda wangsa maju March 17, 2010 at 5:07 PM  

salam..tuan tolong link kan blog hamba..tq

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas