BlogList Malaysia

17 March 2010

Pengkhianat Bernama Zahrain Menjual Diri Demi Umno

Zahrain yang menyifatkan rancangan 16 September sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.


Kekecohan berlaku apabila beberapa anggota parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah termasuk Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut kecuali dikeluarkan usul.

Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.

Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini," kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.

5 Komen :

Anonymous ,  March 17, 2010 at 9:52 PM  

AKU RASA YB ZAHRAIN BERCAKAP BENAR....

KASIHCIKGU March 17, 2010 at 9:58 PM  

biag pi la dia nak kata apapun, lepaih PRU 13, dia tak dak dah kat parlimen, masa tu dok juai cendoi kat batu feringghi.

Anonymous ,  March 18, 2010 at 1:06 AM  

Satu lagi manusia yang menjual punggungnya untuk kegembiraan Najib.

hj jamaludin ,  March 18, 2010 at 2:10 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Rakyat pilih YB untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi rakyat . Bila dah jadi YB lain pulak usul dibawa ke Parlimen.
Betullah Saudara DSAI kata beliau silap pilih calon .Kepada YB Zahrain tolong tampar dengan sekeras kerasnya muka engkau , takut takut engkau YB Zahrain masih tidur lagi ke? > Rakyat pilih engkau menjadi Ahli Parlimen , supaya masaalah rakyat boleh di usul Ke Parlimen. Yang engkau dok melalut dan meroyan tak tentu pasal kenapa?Engkau kata walaupun engkau menjadi Parti Bebas , Engkau akan berkhidmat untuk rakyat .Tapi masaalah rakyat engkau tak usul , engkau usul permusuhan engkau dengan Saudara DSAI pulak . Apa engkau usul Saudara DSAI punya cerita buat apa . E2 bukan masaalah rakyat . Tak kan engkau bodoh sangat pulak?

dari du;lu sampai sekarang benci umno ,  March 18, 2010 at 7:16 AM  

sial nasib mak bapak si zahrin tu dapat anak sial mcm si zahrin tu,klu mak bapak dia dah mati....seksa mak bapak dia nak menjawab soal kubor tu nanti......laknaTULLAH SI ZAHRIN NI

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas