BlogList Malaysia

15 March 2010

Prof Hassan: Wakil Rakyat 'Bebas' Parasit Demokrasi

Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.

Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.

Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.

Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti , kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.

“Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya.

Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.

“Tetapi dalam pilihanraya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.

2 Komen :

cucu mamak kutty ,  March 15, 2010 at 9:35 PM  

yg tak betul nya ni mereka menang atas pilihan rakyat yg mengundi kerana menyokong pakatan rakyat,mereka menang atas tiket parti,bukan kemenangan individu....mereka2 ini ada lah org yg tak punya maruah diri...org tak punya maruah tak layak mewakili rakyat dan menjadi wakil rakyat di parlimen...parlimen tu adalah tempat di mana undang2 dan dasar negara di tentukan....tak sepoatutnya org2 yg tak bermaruah dan telah mengkhianatipengundi dan parti yg memilihnya bertanding....sial nasib mak bapak org yg punya anak yg tak bermaruah yg sanggup jadi pengkhianat.....org2 seperti ini ada lah amat berbahaya bukan saja pada parti akan tetapi amat2 berbahaya pada negara...org2 seperti ini sanggup mengkianati negara ...mungkin dan satu kemungkinan.....harap2 org ini akan diturunkan bala buat mereka supaya mereka sedar akan kesilapan mereka...ini adalah satu pengkhianatan yg tak patut di maafkan

hj jamaludin ,  March 17, 2010 at 2:18 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya rasalah perkara ini mudah je tapi orang yang terlibat tak nak ambil tindakkan terhadap AP yang melompat .
Maksud saya kumpul seluruh pengundi pengundi yang mengundi calon PKR bandar baru Kulim dan dapatkan dana untuk melantik peguam untuk membawa kes ke Mahkamah untuk tidak menyetujui AP yang suka suka LOMPAT Parti . Biar mahkamah tentukan sama ada lompat parti boleh di bawa ke Mahkamah atau tidak e2 belakang kira bawa kes ke Mahkamah untuk menunjukkan bahawasanya para pengundi tidak setuju Ahli Parlimen mereka melompat.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas