Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu. Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.
Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal tetapi kontroversial memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.
Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan. Hari ini ruangan di Mingguan Malaysia digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri. - Malaysiakini
14 March 2010
Mingguan Malaysia Gantikan Minda Mufti Dr Asri Dengan Minda Mufta Harussani
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment