Datuk Seri Zahrian Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.
Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.
“Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti
baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji,dekat sini, hari ini.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.
14 February 2010
Zahrain Makin Bercakap Makin Bercelaru.., Berhentilah Jadi MP
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment