BlogList Malaysia

09 February 2010

Terimalah keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, para penyokong pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Azizan berkata, Kedah juga sedang menunggu satu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh dan mengharapkan satu keputusan yang adil juga.

Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat kawasan DUN itu atau pilihan raya kecil diadakan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.

5 Komen :

hj jamaludin ,  February 9, 2010 at 3:47 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak. hj jamaludin

azman kamarul February 9, 2010 at 3:52 PM  

Tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan oleh penyokong serta pemimpin PR.

Biarlah dan akurlah dengan keputusan ini.Hakikatnya memang Allah berkehendakkan ianya terjadi.

Tidak timbul lagi siapa salah atau betul, kerana SEMUANYA TELAH LEBUR MENJADI SEBUSUK-BUSUKNYA.

Teruskan perjuangan ini, masa dan rakyat akan menentuka segalanya...kita tunggu dan lihat...kemenangan MEREKA ini insyaallah akan memberikan KEMENANGAN YANG LEBIH BESAR KEPADA PR NANTI...TAKBIR!!! REFORMASI!!

Green Home i-Healty February 9, 2010 at 5:06 PM  

Kita telah tahu keputusan mahkamah persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara yang bertuah ini. Terlebih dahulu marilah kita ramai-ramai mengucapkan terima kasih kepada pada hakim yang telah mengadili kekusutan negeri Perak dengan baik. Keputusan hakim yang memihak kepada BN memang telah diduga sekian lamanya dan tidak perlu kita menjerit dan mengamuk untuknya. Ingat dunia masih berputar dan kiamat masih belum menjelma. Kita masih lagi bertarung 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun makanya kekalahan ini bukan penanda kita akan kalah sehingga kiamat. PRU 13 akan menanti kita samada BN ataupun PR termasuk 3 orang si katak. PRU 13 tinggal lagi 3 tahun oleh itu wahai orang-orang PR aturkan gerak kerja gempur berpanjangan. Tayangkan keburukan para juak-juak BN di mata rakyat. Teruskan pejuangan anda wahai PR....

BUJANG SUSAH February 9, 2010 at 6:17 PM  

hehehe... syabas...!!! biarkan.. biarkan... biarkak si zamry mamak terjun dgn roti canainya...

mrf February 10, 2010 at 2:53 AM  

rezki allah kepada zambry dapat jadi MB..rezki nizar pula dapat jadi ahli parlimen..semua ni ketentuan allah..respek kata2 ustaz azizan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas