Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang bulan lalu mengeluarkan kenyataan pedas terhadapnya masih merupakan Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).
Pada masa yang sama, Lim Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam mesyuaratnya kelmarin telah memutuskan untuk menganugerakan tender terbuka mengurus Bukit Jambul Golf & Country Resort (BJCC), bernilai RM40 juta, kepada sebuah syarikat lain untuk tempoh selama 10 tahun.
Tahun lalu ia membatalkan keputusan dibuat IGP untuk memberi kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat RM2.
Butiran mengenainya akan dikeluarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kata Lim dalam satu kenyataan.
BJCC diuruskan oleh IGP, sebuah subsidiari dimiliki PDC.
Dalam kenyataan itu, Lim berkata buat masa sekarang Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.
Zahrain memegang jawatan pengerusi dan pengarah IGP sejak 9 Julai 2008.
“PDC ada memaklumkan saya bahawa tiada surat dikeluarkan oleh sama ada PDC atau IGP kepada mana-mana pengarah mengenai sebarang perubahan (dalam kedudukan IGP,” kata Lim.
Laporan akhbar hari ini menyebut, Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mendakwa beliau telah dipecat dari mengetuai IGP, 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik Lim.
Kenyataan Zahrain itu, yang turut disokong seorang lagi Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang menyebabkan hubungan “dingin” PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Zahrain dan rakan sejawatannya dari Nibong Tebal kini disiasat lembaga disiplin PKR.
11 February 2010
Guan Eng Nafi Pecat Zahrain Ketuai IGP
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
guan eng
,
pulau pinang
,
zahrain
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment