Negeri Pakatan Rakyat sebab apa tak beri peluang??
Give all a chance
Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:
Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)
Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.
Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:
Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!
Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.
Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?
Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.
Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.
Roslan SMS
Hipokrit?: Alahai cantiknya politik
44 minutes ago
1 Komen :
Sebabnya PR ni cuba rampas kerajaan yg ada dengan melobi wakil rakyat BN lompat parti....then start the war!!!
Menggangu gugat PR akan diteruskan selagi Bro Anwar masih di dlm PR.
Post a Comment