Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (Gambar) berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.
Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.
"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.
Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.
"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.
Tyson belum menyerah, mahu 'bertumbuk' lagi
5 minutes ago
1 Komen :
Katak! katak! katak!!
Siasat TGNA,
Siasat kerajaan Kelantan,
Siasat Husam,
Siasat PKINK,
Tapi jangan siasat katak.
Make sirih dale cerana,
Gobik tua tange luka,
Pitih abis nak gaga mana,
suma ore lari tak sir kelih muka.
Perangai katak tak ada hak lupa,
Ke Umno gapa tak royat kata,
Sengih-sengih nak baik dgn setopa,
Jenih perut huduh tak malu mata.
Post a Comment