Salam 2 all.
Saya makin bertambah hairan dengan segelintir puak-puak Kristian di Sabah/Sarawak yang berdegil mahu menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai ganti nama 'God' bagi tuhan triniti mereka-bahawa ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci. Dan bertambah hairan saya dengan segelintir Melayu yang menyokong dan bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur ini!!
Satu soalan saya mahu tanya kepada mereka: apa yang kamu faham tentang nama 'ALLAH' itu? Tahukah kamu bahawa kamu telah terperdaya untuk mempercayai ALLAH itu adalah Tuhan Triniti: Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci. Sebenarnya Tuhan ALLAH itu Satu. Dan itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw. Kesemua para Rasul dan Nabi, daripada Adam a.s hinggalah ke Nabi Muhammad saw membawa risalah tauhid yang sama..ALLAH itu Tuhan yang Satu..sembahlah Dia.
Ulama' Yahudi 'Abdullah Bin Salam, dari kaum Yahudi Bani Israel, kaum yang telah beribu tahun menggunakan nama ALLAH tetapi mempercayai ALLAH punya anak bernama Uzair telah terus meninggalkan amalan kufur dan syirik itu apabila Nabi Muhammad menegaskan risalah bahawa amalan menyatakan ALLAH ada anak bernama 'Uzair adalah 'amalan syirik dan kufur! Abdullah bin Salam tanpa sebarang keraguan mengakui bahawa ALLAH itu Satu, dan terus menyembah ALLAH yang Satu itu.
Raja Kristian Maharaja Najasyi daripada Habsyah, ketua satu kaum yang beratus tahun lamanya menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan tetapi mempercayai ALLAH punya anak bernama Isa Al Masih @ Iesous @ Yesus @ Jesus. Tetapi apabila dakwah sampai kepada beliau oleh Ja'far Abi Tolib At Tayyar yang membacakan surah Maryam, menceritakan bahawa Isa @ Jesus itu bukanlah Tuhan Anak tetapi hanyalah seorang Nabi, lantas Raja Besar Kristian itu terus meninggalkan 'amalan syirik dan kufur itu dan mengakui ALLAH itu Satu dan mempertuhankan ALLAH yang Satu itu!
Adakah kamu tahu, Bishop Tiny Muskins, seorang Paderi Kanan daripada Gereja Roma Katolik Belanda berusia 71 tahun baru-baru ini mencadangkan penggunaan ganti nama 'God' kepada 'ALLAH' untuk tujuan penyatuan dan kesatuan manusia. Tetapi sedarkan kamu wahai Kristian Sabah/Sarawak apa jawapan pimpinan Kristian terhadap cadangan itu? Mereka menolaknya bulat-bulat.
Seorang paderi Kristian yang terkenal, Dr. R. Albert Mohler, Jr., Presiden The Southern Baptist Theological Seminary menegaskan bahawa cadangan menggantikan nama 'God' kepada 'ALLAH' tidak boleh diterima sama sekali oleh dunia Kristian (sila baca kenyataan beliau dibawah). Jadi bagaimana pula kamu sebagai penganut agama Kristian boleh menerimanya? Apakah kamu sudah merujuk kepada Pope kamu di Vatican sana? Apa pandangan beliau? Sudahkah kamu baca kenyataan daripada Vatican bahawa nama Tuhan kamu ialah YHWH? Tetapi nama itu terlalu suci buat kamu sehingga kamu tidak dibenarkan menyebutnya?! Dan sebaliknya kamu memilih untuk mencemar kalimah suci ALLAH Yang Satu!
Saya juga mahu bertanya, tidak terfikirkah kamu mengapa nama tuhan kamu berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa? Tidakkah itu sepatutnya membuka mata, jiwa, pemikiran dan hati kamu untuk mengenal tuhan yang lebih benar. Dan saya katakan kepada kamu Tuhan yang benar, yang berhak disembah ialah ALLAH Yang Satu. Kamu sendiri pun tahu, tidak mungkin Jesus yang mencipta kamu. Kamu sendiri pun tahu, tidak mungkin Jesus mencipta dunia ini. Kamu pasti tahu tidak mungkin Jesus yang menumbuhkan pokok-pokok, mendatangkan hujan, membuat gunung-ganang dan lain-lain. Pasti kamu yakin bukan Jesus yang menghidupkan dan mematikan!! Sudah pasti jawapan kamu bahawa ALLAH lah yang membuat itu semua. Kalau kamu akui ALLAH yang mencipta, yang menumbuh, yang menghancurkan, menjadikan, menghidupkan dan mematikan; mengapa kamu tidak mahu menyembah ALLAH Yang Satu itu?
Mengapa kamu hanya jadikan ALLAH soal istilah, sedangkan ALLAH itu wajib disembah! Ini bukan isu terminologi, ini soal aqidah dan kepercayaan! Sebab itu saya seru kamu, marilah akui ketuhanan ALLAH yang Satu, dan sembahlah ALLAH yang Satu itu. Kalau iktiqad dan aqidah kamu begitu, mempercayai dan mengakui ALLAH itu Satu, maka kamu berhak memakai dan menggunakan nama ALLAH itu tanpa sebarang batasan dan halangan. Tetapi kalau kamu masih berdegil mahu mencemar nama ALLAH dengan perbuatan syirik dan kufur, mendakwa ALLAH punya anak dan sekutu, maka kamu sebenarnya mengisytiharkan perang aqidah terhadap kami umat yang mengakui dan menyembah ALLAH Yang Satu!
Maka atas sebab itulah kami meragui niat kamu sebenarnya, apakah ada agenda halus dan terancang dikalangan kamu, untuk menimbulkan huru hara dan kaca bilau dari segi pemikiran dan aqidah Tuhan Yang Satu ini? Maka benarlah apa yang difirmankan oleh ALLAH Yang Satu kepada kami, "sesungguhnya kamu kaum Yahudi dan Kristian, selama-lamanya tidak akan setuju dan redho dengan umat Islam yang mempercayai dan menyembah ALLAH Yang Satu. Malahan kamu akan berusaha selama-lamanya untuk memesongkan kami supaya kami mengikut cara dan kepercayaan kamu bahawa ALLAH itu ada anak dan sekutu. Namun kami ingin memberitahu kamu, cukuplah bagi kami Al Quran itu. Kami tidak akan terpedaya dengan mainan kamu. Kami yakin dengan kepercayaan kami bahawa ALLAH itu Satu, dan kepercayaan itu adalah benar dan yang haq, dan kami pasti menang dan berjaya, walaupun kamu tidak menyukainya!".
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Safar 1431
18 Januari 2010
19 January 2010
Allah Jesus Ku..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment