“Apa jua kemungkinan ada... mungkin bebas, mungkin kena hukum.”
Ini reaksi terbaru Pengerusi Jawatankuasaa Disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung nasib dua pemimpin PAS Selangor yang sedang disiasat.
Jawatankuasa lima anggota itu bertemu pagi ini untuk membuat penghakiman terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya Khalid Samad.
“Kami belum ada bayang-bayang bakal keputusan yang akan dibuat... ia bergantung pada alasan yang akan diberikan setiap anggota jawatankuasa,” kata beliau.
Jawatankuasa itu akan mempertimbangkan sama ada kedua-dua tertuduh ini ada melakukan kesalahan ataupun sebaliknya walaupun ada kes terhadap mereka.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman sama ada dipecat dari parti, digantung jawatan ataupun diberi amaran.
The Malaysian Insider difahamkan jika sabit kesalahan mereka hanya akan dikenakan hukuman sama ada digantung jawatan ataupun diberi amaran.
Tidak kemungkinan dipecat dari parti.
Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.
Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.
Dalam pada itu Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan ahli Parlimennya berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.
Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.
Jawatankuasa disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.
Tidak ada saksi lain dipanggil.Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan Khalid.
Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin.
Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.
Jika disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama.
Berang kena kacau, warga asing korek mata lelaki tempatan
20 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment