BlogList Malaysia

02 January 2010

Hakim Tak Relevan Meninggal Dunia

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang.

Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Sewaktu perbicaraan kes tersebut, sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA.


Dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.

Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.

Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

Beliau akan dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang esok.

2 Komen :

Anonymous ,  January 2, 2010 at 10:04 PM  

aisehmen.... kenapa begitu cepat kau mati??? rasanya belum cukup azab yang kau rasakan kerana xrelevan.....semoga kau terus diazab didalam kubur.

Anonymous ,  January 2, 2010 at 10:10 PM  

Mana-mana pihak khususnya pemimpin dan ahli parti tertentu marilah besama-sama kita bacakan surah yasin dan tahlil utk beliau...terutamanya yg dah pencen tu.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas