Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat terus menerima asakan Umno, kali ini didakwa menerima hadiah kek, seberat 10 kg bernilai lebih RM500, daripada menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek bernilai lebih RM3,000 September lalu kepada enam pihak, kata ketua penerangan Umno negeri.
"Isunya bukan pada harganya tetapi bagaimana (beliau) beli hadiah untuk diri sendiri dan bapa mertua? Tidak bolehkah guna duit poket sendiri?
"(Perkara) ini saya fikir mungkin penyelewengan yang paling kecil berbanding dengan yang lain-lain, macam jerawat kecil yang sudah pecah," kata Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga ADUN Kok Lanas, kepada Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, satu pihak yang enggan dinamakannya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
"Perkara ini telah pun dilaporkan kepada mereka daripada seseorang (pemberi maklumat)," kata Md Alwi, sambil menggesa suruhanjaya itu menyiasat perkara berkenaan dengan segera.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan daripada Abdul Ariffahmi setakat ini belum berhasil.
Nik Aziz sebelum ini dipertikaikan berhubung pelantikan menantunya itu sebagai peneraju PMBK Oktober tahun lalu sehingga memaksa campur tangan beberapa pemimpin kanan PAS.
Susulan itu, Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan tersebut berkuatkuasa 23 Mac ini.
Pada 13 November lepas, suruhanjaya itu turut dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Aziz dan keluarganya mendapat tajaan haji daripada seorang ahli perniagaan yang bernilai ratusan ribu ringgit.
Menteri besar itu bagaimanapu membatalkan hasratnya ke tanah suci selepas media memainkan isu tersebut.
Hantar anak ke balai polis kerana tak siapkan kerja sekolah
17 minutes ago
5 Komen :
memang gila babi puak2 ni..sebijik kek lebih bernilai ke dari sebuah kapal selam??
He..he..he..
doa pecah hati pulok lah...
he..he..he..
lapangkan minda tenangkan hati, jangan cepat melatah nilaikan balik diri sendiri tengok diri dalam cermin dulu..lain kali jangan suka tabur fitnah mengata orang lain.
cuba lihat pemimpin UMNO/BN pernah tak kedengaran mereka menuduh PAS dalang dalam kes bakar gereja, yang mengelupur menuduh cuma orang PAS jer..
bagi aku kerja-kerja samseng cam nie puak-puak PAS kopiah tantaik jer yang berani macam kes baling kapak kalu tak budak2 PAS yang sayang tok guru mana ada yang sanggup hati kering nak buat..ntah-ntah yang bakar gereja sedang bersembunyi di JKR 10...
siapa tahu..?
he..he..he
tuhan tuh maha adil
Kah kah kah!
lawak bodoh,rompak kemudian tuduh orang lain perompak, penyamun tuduh mata-mata menyamun.. kah kah kah ... rakyat dah tahu.... jgn nak tipu...
tengok tu tok guru pun sama dengan kita ..... kita make rasuah tok guru pun make juga, kita samun duit rakyat tok guru pun samun .... kita broker tender, tok guru pun sama, kita serang orang dengan pistol, tok guru serang org dgn kapak...
Jgn nak tipu melayu... melayu dah tahu... melayu dah meluat dgn UMNO.. melayu dah lama kena tipu... melayu yang kena tipu tu melayu bodoh berkarat .... UMNO menipu pun melayu jenis ini pecaya ....
haaa....komisen RM500juta dah pelahap habis...
Kek RM500 pun dah pelahap habis...
Err...kalau beli kek dgn duit komisen RM500 juta, dapat berapa bijik kek?
Kesiannye............. "besar nye isu" mesti padam sokongan rakyat selama 20tahun ni sebab isu kek ni kan. Menang doh BN di Kelantan pahni.. Semoga berjaya ye..
Erm...xdok arah doh sek ni.
Post a Comment