BlogList Malaysia

24 January 2010

BN Akan Hancur Jika Anwar Dibiarkan

Dimensi utama dalam perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memperlihatkan keperibadian politik pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak tertentu, terutama Peguam Negara, Gani Patail; Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Anwar dan Pakatan Rakyat mengkritik hebat mereka di dalam dan luar Parlimen. Gani, kerana tingkah lakunya dalam siasatan insiden “mata lebam” Anwar. Gani gagal mendakwa banyak kes rasuah yang serius, terutamanya gagal menangani jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip V K Lingam.

Musa sendiri didakwa melakukan jenayah dan rasuah serta hubungan sulit beliau dengan kumpulan bawah tanah, seperti B K Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan awam oleh Anwar mengenai penglibatan Najib dalam pembelian jet-jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan hanya kekal sebagai rekod, walaupun dicurigai terdapatnya unsur-unsur rasuah.


Anwar juga berulang kali meminta Najib supaya membenarkan dirinya disiasat untuk membersihkan namanya dari tuduhan bahawa beliau dan isterinya Rosmah Mansor dikaitkan dengan tragedi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tuduhan yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai hubungan intim Najib dengan Altantuya dan juga yang dikaitkan dengan urusniaga alat senjata.

Pada bulan Julai 2008 dan Februari 2009, Anwar telah memfailkan laporan polis terhadap kedua-dua Gani dan Musa kerana peranan mereka memalsukan bukti terhadapnya dalam siasatan kes “mata lebam” pada 1998.

Ini termasuk perbuatan mereka yang memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 berhubung dengan penahanannya di rumahnya di Bukit Damansara.

Tidak ada satu pun laporan-laporan berakhir dengan pendakwaan walaupun seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi mempunyai pandangan bahawa Gani
telah melakukan kesilapan jenayah dalam siasatan kes “mata lebam”.

Salah guna ke atas agensi-agensi kerajaan seperti polis, kamar peguam negara dan lain-lain agensi dan kehakiman seperti yang berlaku pada
1998, berlaku lagi kali ini dalam kes ini.

Apa yang menjadi taruhan di sini bukanlah kes jenayah yang mudah ini. Tetapi kes ini dijadikan sebagai senjata politik untuk menghalang
kemaraan Anwar dan gagasan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya.

Satu gagasan yang mengancam masa kini dan masa depan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri dan para pemimpin utamanya.(Sumber)

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas