Kecurian Enjin Jet F5E: Ramai Lagi Akan Didakwa
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, ramai lagi yang akan didakwa di mahkamah berhubung kes kecurian enjin jet pesawat pejuang F5E yang dicuri dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.
“Ya, jika saya dapat bukti ada lagi yang terlibat, saya akan dakwa,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan para pemberita sama ada terdapat lagi suspek yang akan didakwa berhubung kes tersebut.
Malah Abdul Gani berkata, pejabatnya akan melihat sebarang kemungkinan untuk memperolehi ekstradiksi jika mereka yang terlibat di dalam kecurian itu berada di luar negara sekarang.
Hari ini, seorang sarjan TUDM dan pengarah syarikat telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu ke luar negara.-mstar
Apa hujahnya: Benarlah apa dikata ‘nak mundur pilih Pas’
34 minutes ago
2 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Pada zaman remaja jalan cerita P.Ramlee mesti di sajikan dengan pelakonnya terdiri pada 3 orang.
Pada zaman PM 1 Malaysia pula jalan ceritanya di ubah dari 3 orang watak utama kepada 2 orang watak utama.( Dulu Kes pembunuhan model Mongolia , 2 orang di dapati bersalah dan sekarang ni kes enjin/injin JET hilang pun 2 orang didakwa.)Kita lihat sahajalah jangan potong jalan cerita sudahlah dan kita tunggu lah berapa lama kes ini akan dijalankan pendakwaanya.
Antara kambing yang akan disembelih oleh patail nanti ialah tukang kebun di tempat berlaku kehilangan enjin dengan pertuduhan membantu mengangkat enjin untuk dijual.
Post a Comment