Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaruh kepercayaan terhadap semua penasihat yang memberi pandangan terhadap setiap keputusannya.
Bagaimanapun beliau tidak tahu siapa di kalangan penasihatnya yang dikatakan telah memberi pandangan tidak betul berhubung beberapa isu membabitkan soal pentadbirannya.
Jelasnya, setiap nasihat yang beliau terima akan dibincangkan terlebih dahulu dan jika berpuas hati barulah kata putus akan diambil.
“Saya pun tidak tahu siapa penasihat yang tidak betul. Banyak mana orang bagi nasihat kepada saya, saya kira betul,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Nik Abdul Aziz menerima nasihat perundangan dan politik yang tidak betul dalam membuat keputusan berhubung beberapa perkara.
Abdul Hadi semalam berkata, Nik Abdul Aziz tidak mendapat nasihat yang betul ketika melantik menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai teraju utama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah membuat keputusan secara peribadi kerana setiap nasihat yang diberi akan dibincangkan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ujarnya, setiap keputusan itu masih bergantung kepadanya sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.
“Saya bila orang nasihat akan bincang dulu, kalau saya berasa puas hati saya terima, kalau tidak saya tolak. Ia bergantung kepada saya sebab saya tidak akan menerimanya secara bulat-bulat,” tegasnya.
Tambahnya, jika ada pihak yang ingin mengetahui siapa penasihat itu maka boleh bertanya kepada Abdul Hadi.
04 December 2009
Tanya Hadi Siapa penasihat TGNA Yang Tidak Betul Itu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment