BlogList Malaysia

10 December 2009

Siasat Segera 'Mr Political Toll'

SETIAUSAHA Politik, Najib Razak, Shafei Abdullah (foto) nampaknya semakin mendapat perhatian. Tiba-tiba saja nama Shafei meletup dan mengisi ruag-ruang blog dan media massa pro pembangkang. Pendedahan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengenai ‘kegiatan’ Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju itu dikira boleh menganggui kehidupan Shafei yang sebelum ini dikatakan tenang dan tidak diganggu oleh sesiapa.

Dinding dan tembok yang mengeliling hidup Shafei sebagai setiausaha politik Perdana Menteri dikatakan begitu kebal dan kukuh. Tidak siapa berani menyentuh dan mengusiknya. Tetapi sejak pendedahan dibuat Wee Choo Keong itu kekebalan itu sudah mula roboh dan terusik.

“Eloklah biar dia (Shafei) merasa sedikit. Selama ini dia merasakan dialah raja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini,” demikian kata salah seorang aktivis Umno bahagian Wangsa Maju yang kurang senang dengan sikap dan pembawaan Shafei. Aktivis ini rupanya seronok bila mendengar Wee Choo Keong mendedahkan 'kegiatan' Shafei di Parlimen.

“Setahu saya Datuk Seri Najib juga tidak kisah, tidak akan membela setiausahanya ini.,” begitulah kata aktivis itu yang memberi maklumat di sekitar isu Shafei ekoran pendedahan Wee Choo Keong itu. Aktivis ini berada di Parlimen ketika menghubungi saya memaklumkan keadaan itu. Di Parlimen menurutnya ramai ahli Parlimen memperkatakan tentang Shafei dan terkejut dengan apa yang berlaku.(sumber)

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas