Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.
Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.
"Saya akan berbincang dengan panel peguam saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak (Utusan Malaysia) yang membuat laporan yang tidak bertanggungjawab,"
Kor Ming turut kesal dengan dakwaan yang dibuat beberapa pihak terhadapnya tanpa merujuk dan meneliti kenyataannya terlebih dahulu.
"Saya sangat kesal dengan kenyataan beberapa pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Syed Abdul Aziz dan beberapa NGO lain telah membuat dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks ucapan," katanya.
Kor Ming juga akan membuat laporan polis pada masa terdekat ini berhubung laporan itu.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Kor Ming di Dewan Rakyat kelmarin mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataan Kor Ming itu turut dikecam Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai biadab.
Sebaliknya Kor Ming menegaskan, beliau langsung tidak mempertikaikan peruntukan untuk masjid sebaliknya mengalu-alukan perkara itu.
Namun beliau turut mahukan kerajaan menitik beratkan mengenai pembinaan rumah ibadat agama lain bagi memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama. (sumber)
10 December 2009
Isu Masjid - Berbau Hasutan Dan Nga Akan Saman Utusan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
utusan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
SALAM
TAHNIAH...SAYA TUMPANG BERBANGGA KERANA AKHBAR YANG BIADAP DAN BERSIFAT RASIS PERLU DIAJAR SUPAYA KURANG AJARNYA DAPART DIBERI PENGAJARAN.
Post a Comment